Lima Cedera Dalam Tembakan Masjid Di Kanada

156

Lima orang cedera dalam kejadian tembakan di masjid pada Sabtu di kawasan Toronto di Kanada , menurut sumber polis.

Sekumpulan lelaki, yang telah selesai solat tengah malam pada bulan Ramadan yang mulia, diserang secara rawak dalam kejadian tembak-menembak di daerah Scarborough, kata jurucakap Jabatan Polis Toronto David Rydzik.

Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan tetapi masih tidak diketahui berapa ramai suspek yang terlibat dalam kejadian itu, katanya.

“Kami tidak dapat menyatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana kepercayaan agama mereka,” kata Rydzik.

Sementara itu, Nadeem Sheikh, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough berkata beliau prihatin dengan kejadian tembakan itu.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk melakukan yang terbaik untuk membawa pelaku ke hadapan pihak berkuasa dan berkata lebih banyak langkah perlu diambil untuk membendung keganasan senjata api.