Lima Aktivis Muslimat Terima Anugerah ‘Khaulah Al-Azwar’

308

Oleh : Rohayati Ripin

SETIU – Anugerah Khaulah Al-Azwar diberikan oleh Dewan Muslimat PAS Setiu sebagai satu penghormatan yang amat bermakna kepada lima aktivis Muslimat berdasarkan ciri-ciri kepimpinan cemerlang.

Antaranya, penerima tersebut bersifar berani, bersemangat, tidak gentar menghadapi cabaran, memberi motivasi kepada rakan sejawat, mematuhi arahan, serta mempunyai sifat penuh kasih sayang dan strategik.

Penghargaan ini tidak hanya mencerminkan kecemerlangan dan kesungguhan mereka dalam melaksanakan tugas tetapi juga pengorbanan besar dalam menyumbang kepada kemajuan parti serta masyarakat setempat.

Salah seorang penerima anugerah, Rohani Ramli atau Kak Ani, yang mewakili Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu (DMPKS), telah terlibat dalam jemaah sejak tahun 1984 ketika berusia 19 tahun.

Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan DMPKS sejak 2003 hingga saat ini mula mengikuti usrah di bawah bimbingan tokoh-tokoh agama tempatan dan telah memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak 2003 hingga saat ini.

“Saya mula mengikuti usrah bersama Almarhumah Cikgu Sapinah Jusoh di bawah bimbingan Almarhum Ustaz Abu Bakar Cik.

“Saya terkejut kerana terasa diri ini tak layak untuk di nobatkan sebagai penerima anugerah,” jelasnya ketika dihubungi semalam

Beliau berkata demikian ketika mengulas pemberian anugerah tersebut pada  Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS kawasan Setiu di Dewan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, pada Jumaat, 10 Mei yang lalu.

Rohani Ramli

Justeru itu beliau berharap kepada sahabat perjuangan agar buatlah kerja-kerja yang ditugaskan adalah amanah daripada Allah untuk dilaksanakan

“Jangan buat kerana sesiapa atau buat untuk dapat pujian atau ganjaran Dan sekiranya buat kerana sesuatu maka ia tak akan bertahan lama.

“Tapi bila buat kerana tugas yg Allah amanah kepada kita, insya Allah ia mudah untuk kita laksanakan dan ikhlas serta tidak mengharapkan apa-apa balasan maka segala dilakukan kerana Allah,” katanya juga juga menjawat jawatan sebagai Setiausaha Muslimat DUN Langkap.

Fatimah Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai Mak Alang merupakan Ketua Muslimat cawangan Bukit Cempaka, aktif dalam PAS selama 18 tahun dan telah memberi sumbangan yang besar dalam aktiviti parti.

Begitu juga dengan Wan Zaimah Wan Omar atau Mok Teh, seorang ibu tunggal merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu, lapan orang anak, telah bergiat dalam parti sejak tamat persekolahan dan telah menunjukkan kesetiaan yang tinggi terhadap perjuangan parti.

Ketua Muslimat DUN Langkap,Kasmariah Omar, seorang ibu berasal dari Bachok dengan lima orang anak, telah memberikan sumbangan penting dalam perkembangan PAS selama dua dekad.

Sementara Che Sroya Abd Kadir, yang telah bergiat dalam PAS sejak usia 20 tahun hingga kini, adalah contoh kesetiaan dan dedikasi yang tinggi kepada perjuangan parti.

Kehadiran dan pengorbanan mereka dalam perjuangan parti merupakan inspirasi dan teladan bagi generasi masa depan dalam mengejar cita-cita yang mulia dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Semoga anugerah ini menjadi penyemangat bagi mereka untuk terus berjuang demi kepentingan agama, bangsa, dan negara.