Oleh : Aziz Hambali
MARANG, 8 November – Deparment of Culture and Sport (DACS) kawasan Marang bakal menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Liga Piala Ahli Parlimen mulai malam ini yang melibatkan 16 pasukan.
Pengarah program, Ahmad Harizuddin Muhammad, 29 berkata, kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan menambat hati anak muda yang sinonim dengan jiwa kesukanan ke arah membentuk masyarakat sihat tetapi selari dengan kehendak syariah.
“Kami (DACS) mengorak langkah dengan menggempurkan pasukan bola sepak setiap DUN yang ada dalam kawasan Marang ini iaitu sebanyak 16 pasukan yang layak bertanding.
“Ia terdiri daripada empat pasukan terbaik bagi setiap DUN yang telah bertanding pada kejohanan Piala YB di dun masing-masing,” ujarnya.
Menurutnya, program tersebut dirancang dalam usaha untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara keseluruhan pasukan dengan pendekatan bermain secara sihat dan mengikut sunnah.
“Kejohanan yang melibatkan pemuda dan remaja serta pengundi berdaftar ini diharap dapat memberi ruang.
“Dan peluang buat anak-anak muda terlibat secara langsung bagi mengelakkan mereka terlibat dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah,” jelas beliau.
Tambah Harizuddin, kejohanan tersebut berlangsung selama dua bulan bermula dengan Majlis Perasmian dan Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Liga Piala YB Ahli Parlimen Marang pada 8 November di Padang Majlis Daerah Marang.