Saksi menyifatkan, letupan bom yang berlaku dikawasan paling terkawal dimana letaknya beberapa kedutaan asing di Kabul, sebagai kemusnahan yang tidak pernah dilihat sebelumnya.
Ia telah mencetuskan keadaan panik, kekeliruan dan membunuh berpuluh-puluh serta mencederakan beratus-ratus yang lain.
“Saya tidak mendengar sesuatu ini besar sebelum”, kata Fatima Faizi, seorang penduduk Kabul, memberitahu Al Jazeera, bebeapa minit selepas letupan pada Rabu.


“Saya tidak dapat berfikir dengan jelas, terdapat satu keadaan huru-hara di mana-mana,” kata Nabib Ahmad, yang cedera ringan memberitahu agensi berita Reuters.
Sebuah bom yang disyaki dibawa dengan sebuah lori telah meletup di tengah-tengah kawasan diplomatik Kabul dalam satu letupan umpama “gempa bumii”.
Ia diterangkan oleh pegawai-pegawai sebagai “salah satu yang terbesar” telah melanda bandar itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 orang telah terbunuh terbunuh dan lebih 300 cedera.
Penduduk Kabul berkata letupan itu begitu kuat ia boleh dirasai di seluruh tempat, di ibu negara Afghanistan itu.
“Saya berada hanya 500 meter dari lokasi letupan dan ia adalah begitu berat (sehingga kedengaran) di setiap bahagian Kabul,
“orang berfikir seolah-olah ia (letupan) telah datang kepada mereka:” kata Mushtaq Rahim, seorang penganalisis dan pengulas keselamatan bebas.


Seorang lagi saksi, Mohammad Hassan, yang bekerja di sebuah bank berhampiran tempat letupan itu berkata, letupan itu berasa “seperti gempa bumi”.
Beliau mengalami kecederaan di kepala.
Letupan itu brlaku pada waktu puncak berhampiran dataran Zanbaq, di daerah ke-10 Kabul, berhampiran dengan kedai-kedai dan restoran, serta pejabat-pejabat kerajaan dan kedutaan asing.




























