Namun, berlainan pula dengan apa yang berlaku terhadap Leman atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim. Dia bukan saja menerima keputusan tersebut dengan hati yang cukup lapang dan terbuka tetapi gembira dengan penyingkirannya pada minggu kelapan RL5 yang telah berlangsung di Finas, Hulu Kelang.
Malah, Leman dengan spontannya mengeluarkan perkataan: ‘Yes!’ sebaik sahaja diumumkan peserta yang tersingkir minggu tersebut. Respon Leman itu seolah-oleh menunjukkan dia memang cukup lega dengan penyingkirannya.
Leman berkata tindakannya itu sama sekali bukan bertujuan untuk menyinggung hati mana-mana pihak. Sebaliknya, dia sebenarnya mempunyai alasannnya tersendiri untuk berbuat bergitu.
“Saya memang dah rancang nak berbuat reaksi begitu kerana saya tak mahu menunjukkan kesedihan saya kepada orang ramai. Tapi sebenarnya, jauh dari sudut hati ini saya sangat sedih, cuma tidak diluahkan sahaja.
“Namun, saya hanya mahu buat kelainan kerana sebelum ini bila peserta yang tersingkir sahaja pasti mereka akan bersedih. Lagipun, ini kali pertama saya diumumkan sebagai tiga peserta yang mendapat undian terendah dan sudah pasti saya terkejut. Maafkan saya, saya tidak bermaksud mahu menyinggung mana-mana pihak.
“Apa-apa pun saya tetap mahu berterima kasih kepada pengundi-pengundi saya yang selama ini menyokong saya dari minggu pertama hingga minggu kelapan. Insya Allah akan ada satu mini show yang akan diladakan di Kuala Nerang, Kedah untuk menghargai pengundi-pengundi dan peminat saya,” jelasnya.
C
Kini Leman benar-benar sudah terkenal dan menjelajah ke seluruh Malaysia bertemu para peminat dan orang yang mengundinya, cuma di atas pentas yang berbeza.
Pada 11 Jun, 2011, Leman menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup sekali lagi kepada wakil Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob pada majlis Ceramah “Dari Rakyat Kepada Rakyat” di Padang Bola Taman Dato’ Senu, Sentul, Kuala Lumpur.
Sejak itu, Leman bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang dan diarinya penuh diisi dengan ceramah memberi penerangan kepada rakyat mengapa Umno-BN perlu ditumbangkan.
Ketika jelajahnya ke negeri Terengganu baru-baru ini, Leman mengulangi bicaranya di kedua-dua lokasi ceramah, pada Majlis Xpressi Anak Muda Kuala Nerus 31 Januari dan dua jari kemudiannya di Himpunan Kebangkitan Rakyat DUN Kemasik, Kemaman.
“saya dalah Finalis Raja Lawak Yang Ke-5, pelik dari rakan-rakan (Raja Lawak) yang lain yang berjuang untuk duit RM500,000 – RM600,000, saya duduk dalam PAS tujuan untuk tumbangkan kerajaan Barisan Nasional,”tegasnya [Lihat Rakaman Klip Video Leman]