Terengganu, Malaysia

Lelaki Langgar Tentera Mengawal Masjid Di Perancis Cedera Ditembak

Lelaki Langgar Tentera Mengawal Masjid Di Perancis Cedera Ditembak

Seorang askar dan seorang warga emas cedera apabila seorang lelaki memandu keretanya melanggar tentera yang sedang berkawal, melindungi sebuah masjid di Valence di selatan Perancis.

Datuk Bandar Velence Nicolas Daragon memberitahu saluran berita iTele, pejalan kaki yang cedera adalah seorang lelaki berusia 72 tahun telah terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh tentera kearah pemandu berkenaan.

“Empat tentera (berkawal) di hadapan masjid, yang sederhana, masjid yang tenang, di antara dua sesi solat, pada satu masa apabila ramai jemaah tiba,

“Sebuah kereta (tiba-tiba) melanggar mereka.” kata Daragon.

Pemandu kereta berkenaan cedera parah apabila tembakan tentera mengenainya semasa beliau membuat percubaan melanggar tentera, tetapi kecederaannya,menurutnya kenyataan rasmi kerajaan, tidak mengancam nyawanya.

mosqueBeliau dikatakan berusia 29 tahun, berasal dari pinggir bandar Lyon iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari Valence, dan sebelum ini tidak dikenali oleh perkhidmatan perisikan.

Imam masjid itu, Abdullah Imam Dliouah, berkata para jamaah masjid amat terkejut dengan peristiwa itu.

“Pegawai-pegawai dan para jamaah masjid adalah amat terkejut dengan tindakan ini (kepada pihak) tentera (yang) melindungi masjid,

“(kami) hargai (tentera) dan kami mengutuk tindakan agresif ke arah orang-orang yang memastikan. Keselamatankami,”katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.

“Kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini, walaupun ada kesannya, tidak akan melemahkan tekad kami untuk menggalakkan hidup kita bersama-sama, seperti yang sering kita lakukan.”tambahnya

Perancis telah berjaga-jaga sejak serangan 13 November di Paris di mana 130 orang telah dibunuh oleh penyerang bersenjata yang mendakwa mereka dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam Syria dan Levant (ISIL).

Askar melindungi tempat-tempat yang sensitif di seluruh negara, termasuk bangunan rasmi dan premis keagamaan. sumber al-Jazeera

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan