Pasukan keselamatan Mesir telah menahan 30 anggota kumpulan Ikhwanul Muslimin dalam serbuan terbaru, menurut Kementerian Dalam Negeri pada hari Rabu 8 Julai.
Dalam satu kenyataan, kementarian itu mendakwa, beberapa ahli Ikhwan yang lain telah ditahan dalam serbuan berasingan pada Selasa atas tuduhan melakukan keganasan dan hasutan.
Pada hari-hari kebelakangan ini, pasukan keselamatan Mesir meningkatkan tindakan keras ke atas Ikhwan, menangkap puluhan anggota tengah dan berpangkat, gerakan Islamm itu.
Rejim tentera yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi telah mengisytiharkan Ikhwan sebagai “organisasi pengganas” pada akhir 2013.


Mesir telah diselubungi oleh ketidakstabilan sejak tentera menggulingkan Morsi, presiden pertama negara bebas yang dipilih, dalam rampasan kuasa 2013.
Dalam tempoh dua tahun sejak penggulingan Morsi itu, pihak berkuasa Mesir telah melancarkan tindakan keras tanpa henti terhadap individu atau kumpulan yang mempunyai perbezaan pendapat politik, dengannya.
Tindakan keras, yang sebahagian besarnya disasarkan kepada penyokong Morsi dan ahli-ahli kumpulan Ikhwanul Muslimin, telah menyaksikan ribuan terbunuh dan berpuluh-puluh ribu ditangkap dan di penjara.




























