Pemerintah China telah memenjarakan hampir dua dozen pemimpin agama kebanyakannya Muslim, di rantau barat Xinjiang, dalam tindakan keras yang dipertingkatkan kepada “aktiviti agama yang diharamkan”.
Media China melaporkan 22 suspek, termasuk mereka yang digelar “imam liar”, telah dijatuhkan hukuman penjara antara lima hingga 16 tahun di sebuah perbicaraan awam besar-besaran di Xinjiang pada hari Isnin lalu.
Khidmat Berita China, dikendalikan pemerintah melaporkan, antara pemimpin agama yang dipenjara ialah orang-orang yang terus melakukan aktiviti keagamaan, termasuk berdakwah, walaupun selepas dipecat dari jawatan rasmi mereka.
Yang lainnya dituduh menghasut kebencian terhadap negara yang dikuasai etnik Han Cina, memusnahkan undang-undang negara, dan mencetuskan pertengkaran dan memprovokasi masalah.
Xinjiang adalah wilayah kepada kumpulan minoriti yang kebanyakannya Muslim, dikenali sebagai Uighurs.
China telah berikrar untuk melumpuhkan pelampau agama, yang telah dipersalahkan atas rentetan serangan ganas tahun ini di Xinjiang dan di tempat lain.
Walau bagaimanapun, aktivis yang berada dalam buangan berkata, kawalan China kepada agama dan budaya keatas rakyat Uighur adalah lebih daripada merupakan punca keganasan, daripada kumpulan bersenjata.
Kongres Uighur Sedunia mengutuk hukuman massa dalam satu kenyataannya yang berkata, ia adalah penindasan agama yang telah ‘memijak-mijak’ hak-hak rakyat.
“Apa yang dipanggil perbezaan antara agama dan undang-undang yang menyalahi undang-undang ditentukan berdasarkan keperluan politik China,
“Uighur pada dasarnya tidak mempunyai hak kepada iman.”kata Dilxat Raxit, jurucakap bagi kumpulan itu.
Perbicaraan dan penghukuman awam besar-besaran telah menjadi biasa di Xinjiang, dengan televisyen negara sering menyiarkan ia berlaku di auditorium luar yang penuh sesak.
Kumpulan hak asasi manusia berkata perbicaraan dan penghakiman beramai-ramai adalah tindakan menafikan hak tertuduh dalam proses tersebut.
Sebuah mahkamah pada September lalu, hukuman penjara seumur hidup kepaada seorang peguam bela yang paling menonjol di negara ini untuk memperjuangkan hak Uighur, dalam kes yang telah menimbulkan bantahan di Barat dan di kalangan kumpulan-kumpulan hak asasi.
China bimbang bahawa ‘musuh-musuh negara’ di Xinjiang boleh mendapatkan sokongan daripada gerakan Islam di berdekatan Pakistan dan Afghanistan.











