LATAS Muslimat Teroka Kerjasama Pertanian Komersil

99

KUALA TERENGGANU – Lajnah Pertanian dan Kelestarian Alam Sekitar (LATAS) Muslimat Terengganu meneroka kerjasama agenda pertanian komersil negara bersama Muslimat Cameron Highlands.

Ketua LATAS Muslimat Terengganu, Rohani Awang berkata, pertemuan tersebut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam memperkasa agenda pertanian, kebajikan serta pembangunan masyarakat.

Menurutnya, jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak penting bagi memperluas perkongsian ilmu dan pengalaman, selain mengukuhkan gerak kerja yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

“Pertemuan ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah, bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman,

“memperkasa agenda pertanian, kebajikan dan pembangunan masyarakat,” jelasnya dapam pertemuan dan ziarah dalam membawa agenda yang memberi manfaat kepada ummah.

Beliau merakamkan penghargaan kepada kepimpinan dan seluruh warga Dewan Muslimat PAS Cameron Highlands atas sambutan serta layanan mesra yang diberikan.

Justeru itu, beliau berharap pertemuan tersebut menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang, khususnya dalam bidang pertanian, kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti.