Laporan Langsung Dari Ipoh

921

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/AdunJalong.jpgAntara mereka yang ditahan adalah Speaker DUN V Sivakumar, ADUN Jalong Leong Meng Mee (Gambar kanan), ADUN Menglembu, ADUN Pasir Pinji dan ADUN Malim Nawar.

Program tersebut yang telah dimulakan pada jam 10.20 pagi, namun polis telah mula menahan dan menangkap para petugas dan aktivis sejak jam 7.00 pagi

Polis dilaporkan mula hadir di lokasi program, kawasan lapang berhampiran Ibu Pejabat DAP negeri Perak pada jam 6.30 pagi.

“Seramai lima orang petugas yang sedang memasang khemah telah ditahan polis, peralatan dirampas dan sebiji belon besar turut dirampas,

“seakarang pasang belon pun kena tangkap polis,”kata ADUN Pantai Remis, Ngah Kor Ming dalam ucapan alu-aluannya sebagai pengarah program.
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/jalong.jpg

Setelah majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin pada jam 11.30 pagi, kesemua ADUN dan aktivis telah turun ke perkarangan hadapan ibu pejabat DAP untuk mengambil gambar beramai-ramai.

Ketika itu polis telah menghampiri mereka dan mula mengeluarkan amaran, meminta supaya mereka bersurai kerana menurut polis ia adalah satu himpunan tanpa permit.

Polis mula menangkap secara membabi buta kira-kira 15 minit kemudian ketika ADUN dan para aktivis sedang bergerak untuk menuju kenderaan masing-masing.

Ketika itu polis masih menganggap ianya satu himpunan, terus memberi amaran sekaligus menangkap mereka yang enggan bersurai.

Klik Untuk Lihat Video Klip