Lagi Hukuman Mati Pemerintah Mesir

1014

Mahkamah Mesir, kelmarin, telah ,menjatuhkan lagi hukuman mati kepada tujuh kerana didakwa berkait kes pembunuhan seorang pegawai kanan polis pada tahun 2013.

Defendan dituduh membunuh seorang pegawai kanan polis dalam satu serbuan polis di Kerdasa, barat Kaherah, beberapa minggu selepas rampasan kuasa tentera terhadap Presiden dipilih Mohamed Morsi.

Namun keputusan yang dibuat Sabtu ini masih tertakluk kepada rayuan.

“Kami akan merayu keputusan itu di hadapan Mahkamah kasasi, mahkamah rayuan tertinggi Mesir,”

“Sekiranya rayuan ditolak, hukuman mati itu akan dilaksanakan terhadap tujuh,” kata peguam bela Abdel-Hamid Salem

thFIAVAPZBSehubungan itu, dalam perkembangan lain, satu gabungan keluarga mereka yang dihukum mati di Mesir mengutuk pengesahan akhir hukuman mati yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Tentera terhadap lapan orang awam.

Mereka berkata, perbicaraan yang diadakan melucukan dan melanggar hak asasi manusia orang yang kami sayangi termasuk pelajar, pensyarah universiti dan jurutera dihukum.

“kami mengutuk tindakan pemerintah Mesir merujuk kepada kehilangan terpaksa dan sal siasat perisikan tentera sebelum yang dituduh dibawa ke hadapan pendakwa.

“mereka mengalami jenis siksaan yang paling dahsyat untuk dipaksa menandatangani pengakuan kepada jenayah palsu dan mereka adalah betul-betul tidak bersalah,”menurut satu kenyataan media

Mereka juga telah dibicarakan di mahkamah tentera, walaupun mereka terdiri dari orang awam

“Ia bertentangan dengan undang-undang tempatan dan antarabangsa. Sesungguhnya ternyata, sistem keadilan tentera di Mesir tidak mempunyai kemerdekaan.”tambah mereka.

Prosedur yang dilaksanan, kata mereka, tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan ‘standard’ perbicaraan yang adil.