Lagi Artis Berhijrah, Bertudung Selepas Tunai Haji

2049

Sejak pulang dari mengerjakan ditanah suci penyanyi bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, Jumaat lalu, Mizz Nina sudah memakai tudung dan mengenakan hijab sepenuhnya.

Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman anak kepada Tan Sri Azman Hashim masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

“Buat masa ini, Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.

“Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung,” katanya, dipetik Sinar Harian.

Perkara itu disahkan pegawai perhubungan awamnya, Joe Saiful yang menambah Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

Laman-laman gossip hiburan turut mengesahkan perubahan Mizz Nina dan mengucapkan tahniah kepadanya serta menambah, Nina ‘lebih manis’ dengan memakai tudung.

“Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.

“Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya,” kata Joe