Kumpulan Hak Asasi Bertindak Selepas Larangan Burkini Di Cannes

1213

Kumpulan hak asasi manusia Perancis telah berkata ia akan menentang larangan burkinis di mahkamah selepas bandar tepi pantai Cannes menghalang pemakaian pakaian burkini, pakaian mandi wanita Islam yang menutup sepenuh badan.

“Sepuluh wanita telah meminta kami untuk menyaman bandar Cannes, kami sedang menjalankan tindakan ‘interlokutori’ terhadap bandaraya Cannes,”kata Pengarah eksekutif Collective Against Islamophobia di Perancis, Marwan Muhammad

Memberi alasan kebimbangan keselamatan, Datk Bandar Cannes David Lisnard telah mengeluarkan ketetapan melarang burkini yang pada pendapat beliau, tidak menghormati “akhlak yang baik dan sekularisma”.

Lburkin cannes1arangan burkini berkuat kuasa sehingga 31 Ogos dan mereka yang melanggar peraturan tersebut akan didenda yang $ 42

Pengharaman itu dikritik oleh kumpulan anti-perkauman ‘SOS Racisme’, yang menyerang strategi Datuk Bandar Cennes menghadapi ketegangan.

Mereka berhujah undang-undang baru itu hanha akan mendalamkan jurang perbezaan agama.

“Tidak sehari berlalu tanpa Islam menjadi sasaran khususnya wanita Islam di Perancis,” kata aktivis Yasser Louati.

“Terdapat perasaan yang sekarang bahawa Perancis berperang dengan rakyat sendiri. Hari ini mereka adalah orang Islam, dan semalam dirinya Yahudi,” kata Louati yang menambah, golongan elit Perancis tidak boleh hidup dalam keadaan aman dengan golongan minoriti.”