Kementerian pertehanan Qatar telah mengumumkan ketibaan kumpulan baharu angkatan tentera Turki ke pangkalan tentera di mana Turki memulakan misi latihan minggu lepas.
Askar-askar itu yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam latihan Bersama, melalui rangka perjanjian pertahanan yang ditandatangani antara Doha dan Ankara.
Ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan Qatar, menyokong usaha anti keganasan dan mengekalkan keselamatan serta kestabilan di rantau teluk.
Menteri Pertahanan Qatar Khalid bin Mohammed al-Attiyah tiba pada hari Khamis di ibu negara Turki di mana beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Turki, Fikri Ishik dan membuat kunjungan hormat kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Parlimen Turki pada 8 Jun 2017 telah luluskan perjanjian dengan Qatar bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.
Kelulusan parlimen tersebut diputuskan tiga hari selepas Arab Saudi dan negara-negara teluk yang lain termasuk Mesir, memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas dakwaan bahawa ia negara itu, menyokong keganasan.
Namun Doha telah berulang kali menafikannya.
Lima kereta perisai dan 23 anggota tentera Turki tentera tiba di Doha pada 18 Jun menambah kepada 88 orang anggota sedia ada ada pada masa itu.
Menurut akhbar Hurriyet, jumlah tentara Turki dihantar ke negara Teluk boleh mencapai 1000 orang, ditambah dengan kontinjen tentera udara.
Latihan Bersama Turki-Qatar dijangka bermula selepas cuti Aidilfitri.
Pangkalan tentera Turki di Qatar merupakan yang pertama bagi Turki di Dunia Arab.