Krisis Ukraine Bukan Hanya Soal Rusia dan Crimea

2343

Krisis yang belaku di Ukraine bukan hanya soal pertelagahan antara penduduk negara itu yang pro-Rusia dengan pemerintahnya, tetapi ia melibatkan kebangkitan Islam yang ditakuti oleh Presiden Rusia, Vladimir putin.

Akhbar The Guardian UK merumuskan, salah satu sebab mengapa Putin telah melabur begitu banyak dalam membantu rejim Alawi Assad di Syria menentang majoriti Sunni adalah kerana rasa takut pada penentangan Tartar Sunni di Ukraine dan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh Chechen yang juga majoritinya Sunni.

Oleh itu, Rusia mengetatkan cengkaman ke atas Crimea, sebuah wilayah dalam Ukraine yang terdapat seramai 266,000 orang Tartar di Crimea, berjumlah lebih 13% daripada penduduk tempatan. Mereka adalah Sunni Muslim, secara tradisinya pro-Ukraine, dan organisasi mereka lebih teratur daripada penduduk Ukraine tempatan.

president-ramzan-kadyrovBerdasarkan fakta sejarah, Stalin telah menghantar pulang Crimean Tatar beramai-ramai ke Asia Tengah pada tahun 1944, dan separuh daripada mereka mati semasa atau selepas perjalanan. Mereka hanya dapat kembali ke Crimea selepas 1989.

Tentera Tatar masih terpinggir dari segi ekonomi, dengan ketegangan yang berterusan ke atas tanah air mereka menyebabkan mereka hidup sebagai setinggan dan ‘pembinaan penempatan tidak teratur.

Pada perhimpunan bulan lalu, tentera Tatar Crimea di Ukrane telah melaungkan kedua-duanya “Allahu Akbar” dalam bahasa Arab dan “Maha Suci Ukraine “dalam bahasa Ukraine. Pada masa itu, terdapat peluang di luar kerajaan serantau Crimean disokong oleh tentera Tatar Crimean, beberapa pemimpin Ukraine dan golongan elit tempatan yang merosakkan reputasi Presiden Ukraine yang pro-Rusia, Viktor Yanukovych.

Itulah sebabnya Rusia kemudian campur tangan untuk meletakkan penyokongnya kembali berkuasa di Ukraine.

Ia adalah bagi menghalang kebangkitan Islam di di wilayah tersebut, dimana jiran Ukraine, Chechnya menghadapi perjuangan menuntut kemerdekaan dari Rusia sejak 100 tahun yang lalu.

Chechnya pernah dua kali bebas dari cengkaman Rusia, pada tahun 1917 hingga 1921 dan sekali lagi mengisytihar bebas dari Rusia pada tahun 1990, membawa kepada perang Rusia dengan Chechnya yang pertama diantara 1994 hingga 1996.

Boris Teltsin mengarahkan tentera Rusia mengundurkan dari Chechnya yang akhirnya memberikan kebebasan kepada umat Islam Chechen, sehingga Grozny ditawan semula oleh Rusia melalui perang kedua Chechnya – Rusia, antara 1999 hingga 2000.

Selepas itu Rusia melantik seorang Chechen Akhmed Kadyrov yang pro kepada pemerintahan kuku besi Rusia, dibunuh pejuang Chechen pada 5 Oktober, 2003.

Anak kepada Akhmed, Ramzan Kadyrov  [Gambar kanan] yang disifatkan ‘lebih Rusia dari Rusia’ telah menghantar tenteranya membantu rejim Rusia, campurtangan dalam krisis di Ukraine, bagi mengekang kebangkitan Islam di rantau tersebut, khususnya mengurangkan sokongan pejuang Utara Kaukakus yang menjadi rantaian perjuangan umat Islam di Chechnya.