Krisis Marawi ; Kelaparan ‘Mengintai’ Pelarian

1964

Oleh : Sazali Mohd Noor

Abdul Wahid Macabangon, 96, dan seorang cicit berusia 3 tahun, sedang bersembunyi di sebuah rumah di Pindoguan, Bubong Ramain di wilayah Lanao del Sur, jauh dari tempat kejadian pertempuran antara militan dan tentera kerajaan di bandaraya Marawi.

Tetapi saudara-mara dan ahli keluarga yang kini berada di Iligan bimbang tentang makanan dan keperluan perubatan mereka dan telah meminta bantuan telah mereka dipindahkan.

Malangnya, untuk pergi ke tempat itu, seseorang perlu mendapat kebenaran kerana akses masih dihalang kerana perintah darurat akibat pertempuran dan krisis berterusan selama 10 hari hingga sekarang.

Kemungkinan menyelamatkan Abdul Wahid Macabangons dan ribuan orang awam lain masih terperangkap di bandar yang dikepung, dapat di realisasi dengan penubuhan sebuah “koridor selamat,”.

Zon neutral yang dicadangkan boleh memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan memindahkan mangsa yang cedera dan orang awam yang terperangkap atau mengeluarkan mayat mereka yang terkorban.

Selain itu, inquirer.net melaporkan, ia adalah bagi menyediakan ruang selamat bagi penghantaran makanan dan bekalan lain akan sampai ke kawasan luar bandar yang terkepung seluas 87 kilometer persegi/

Idea ‘koridor selamat’ telah dibincangkanl semasa mesyuarat Presiden Duterte dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro di Davao City, kelmarin.

“Dengan mempunyai ruang yang diharapkan akan menyumbang dan mengurangkan keadaan krisis kemanusiaan di Lanao del Sur,” kata Abul Alibasa, seorang penyiar berasal dari Marawi kini tinggal di Iligan.

Alibasa, seorang pekerja bantuan sukarelawan kemanusiaan berkata, terdapat keperluan untuk membawa masuk bekalan makanan ke bandar-bandar di mana mangsa menginap.

Menurut Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Bangsamoro (Bangsamoro Development Authority – BDA) Dr Saffrullah D. Patuan, bekalan makanan semakin berkurangan di beberapa bandar di luar Marawi kerana diisytiharkan darurat.

Harga barangan keperluan asas naik berlipat kali ganda, sebagai contoh di bandar Tamparan yang terletak di pinggir Tasik Lanao, beras dijual pada harga P5,000 seguni 50 kilogram atau P100 sekilogram, peningkatan lebih daripada 120 peratus daripada harga sebelum krisis.

“Jika keadaan ini berterusan, kita khuatir mangsa dan keluarga yang terperangkap di wilayah Lanao De Sur yang dibawah perintah darurat mungkin kelaparan, “ ujarnya.

***Sazali Mohd Noor ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) yang sedang menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu mangsa krisis Marawi.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Tetuan KAMI Management di Bank Islam No. 13053 01 0008281.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Dr. Suhazeli Abdullah di talian +60 19-956 3653, aktivis KAMI yang mengambil tanggungjawab atas Misi ini.