Oleh : MNA
DOHA – Rakyat Malaysia yang berada di Qatar dinasihatkan bertenang dengan situasi krisis diplomati yang dihadapi negara Teluk itu dan dinasihatkan tidak mengambil langkah melulu.
Presiden Persatuan Penduduk Malaysia di Qatar (MAQ) Encik Mohd Redzuan Nordin, kira-kira 5000 orang warga Malaysia sedang bermastautin di Qatar sekarang.
“MAQ mengambil langkah yang proaktif untuk menenangkan rakyat Malaysia di sini demi mengelakkan sebarang spekulasi yang timbul, yang mungkin menjadikan keadaan lebih tidak selesa,
“antara langkah yang harus diambil adalah bersiap sedia dengan apa kemungkinan akan berlaku selain bertenang dengan keadaan yang berlaku ini buat masa ini,” ujarnya.
Beliau (gambar kanan) berkata demikian ketika dihubungi malam ini, berikutan pengumuman beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi, Mesir, UAE, Bahrain, Yaman dan Maldives telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Qatar.
Beliau mengakui ada segelintir rakyat Malaysia agak panik dengan situasi terkini kerana banyak penerbangan yang terpaksa dibatalkan, apatah lagi menjelang musim perayaan.
Beliau memberi jaminan MAQ akan sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan pihak kedutaan di negara itu, untuk memastikan semua rakyat Malaysias sentiasa dalam keadaan selamat, sekiranya berlaku sebarang ‘kecemasan’.
Justeru itu, beliau meminta saudara mara dan sahabat handai seluruh serta warga Malaysia di tanah air turut bertenang.
“keadaan mereka baik, harap semua pihak di tanah air tidak menerima berita dari sumber yang tidak tidak bertanggungjawab,
“serta sentiasa mendoakan keselamatan mereka di Qatar,” tambah beliau.
Sehubungan itu, satu siaran lintas langsung dari ibu negara Qatar di Doha akan dipancarkan secara ‘LIVE’ esok melalui HARAP TV pada jam 2.00 petang waktu Malaysia.
Berita sebelum;
“Tiada Justifikasi Putuskan Hubungan Diplomatik” – Qatar










