Arab Saudi telah menggerakan kelengkapan berat tentera termasuk meriam ke kawasan berhampiran sempadan dengan Yaman, meningkatkan risiko bahawa kuasa minyak utama di Timur Tengah akan ditarik ke dalam konflik Yaman yang semakin buruk.
Pegawai Amerika Syarikat berkata pada hari Selasa, tindakan Saudi itu berikutan pergerakan syiah Houthi yang dibantu oleh Iran, menuju ke selatan Yaman selepas menguasai Sanaa pada bulan September dan merampas bandar tengah Taiz di hujung minggu lalu.


Satu sumber kerajaan Amerika Syarikat menggambarkan saiz pengumpulan tentera Saudi di sempadan Yaman sebagai ‘penting’ dan berkata, negara minyak itu boleh menyerang dari udara untuk mempertahankan Presiden Yaman Abd Rabbu Mansour Hadi sekiranya Houthi menyerang perlindungannya di pelabuhan selatan Aden.
Seorang lagi pegawai Amerika Syarikat berkata, Washington telah memperoleh hasil risikan mengenai pergerakan tentera Saudi itu tetapi tidak ada butiran segera yang tepat tentang lokasi atau saiz yang serta tenaga tentera yang digunakan.
Abd Rabbu Mansor Hadi, yang menyokong kempen serangan ‘drone’ Washington menyerang cawangan al-Qaeda yang berpangkalan di Yaman, telah melarikan diri dari Sana’a dan berlindung di Aden pada bulan Februari.
Pada hari Selasa, pasukan yang setia kepada Hadi mengusir pejuang Houthi dari dua bandar-bandar mereka yang telah dirampas beberapa jam sebelum itu.


“Arab Saudi mengambil berat tentang apa yang mereka lihat sebagai kawasan kubu kuat syiah Houthi di negara Yaman yang gagal, di sepanjang sempadan mereka,” kata Duta Amerika Syarikat ke Yaman Matthew Tueller kepada Reuters pada hari Isnin ketika menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Arab Saudi- Amerika Syarikat di Washington .
Namun begitu, seorang bekas pegawai tinggi kanan Amerika berkata, prospek untuk campur tangan luar yang berjaya di Yaman adalah tipis kerana masa depan Mansour Hadi yang nampaknya semakin teruk dan tidak boleh melakukan apa-apa sekarang.
Riyadh menjadi tuan rumah rundingan peringkat tertinggi kuasa-kuasa Teluk dan menyokong Mansour Hadi sebagai presiden yang sah Yaman dan menawarkan ‘semua usaha’ untuk mengekalkan kestabilan negara Yaman, termasuk penglibatan tentera.
Menteri Luar Arab Saudi al-Faisal berkata pada hari Isnin negara-negara Arab akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi rantau ini terhadap ‘pencerobohan’ oleh syiah Houthi jika penyelesaian yang aman tidak dapat ditemui.





























