Kongres Rakyat ; Perbahasan Kluster Wanita

1390

I. PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGUATKUASAAN TUNTUTAN NAFKAH DI MAHKAMAH SHARIAH- (KHASNYA IBU TUNGGAL)

1. Dalam perspektif sekarang dalam skop situasi selepas peceraian, sebahagian lelaki melepaskan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai seorang bekas suami dan bapa dengan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam pemberian nafkah Eddah dan Nafkah Anak. Mereka dengan sengaja atau tanpa sengaja telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kaum Ibu yang rata-ratanya tidak bekerja walaupun dalam era , internet ini sudah pun ramai wanita yang bekerja sama ada secara sendiri atau bekerja dengan orang lain tetapi pendapatan yang diperolehi adalah kecil dan sedikit sahaja. Banyak rungutan dan aduan diterima dari kalangan wanita melalui NGOs wanita atau Persatuan Ibu Tunggal.

2. Mengikut statistik dari tahun 2010 -2015, sebanyak 726 kes ingkar perintah nafkah direkodkan.

3. Kami percaya keadaan ini berlaku kerana peranan dan fungsi BSK itu sendiri masih belum diketahui secara meluasnya.

4. Sepertimana yang kita maklum, bahawa penguatkuasaan tuntutan nafkah bagi Perintah yang telah diperoleh di Mahkamah boleh dibuat melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di setiap negeri.

5. Sepertimana baru-baru ini 15/08/16 pihak BSK melalui program bantuan pendahuluan nafkah sebahagian ibu tunggal. Kami memuji usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan itu dan sewajibnya diteruskan dan ditambah lagi peruntukan kepada ibu tunggal.

6. Justeru kami mengusulkan agar pihak kerajaan dapat:
a) meluaskan lagi penyaluran info dan maklumat mengenai BSK ini di kampung dan segala ceruk rantau di negeri Terengganu.

b) Memberi Kaunseling dan Konsultansi kepada Ibu-ibu tunggal dalam
menghadapi masalah ini.

c)Memberi bantuan dari segi kewangan untuk Ibu Tunggal mengikut terma dan syarat yang digariskan.

5. Masalah lain ialah kelancaran pengurusan di BSK yang mana pihak BSK kadangkala menghadapi kesukaran untuk memperolehi maklumat terkini suami bagi tujuan penghantaran writ saman atau apa-apa perintah yang berkaitan dengannya.

6. Oleh yang demikian, kami menyarankan supaya:
a) Pihak-pihak kerajaan yang terlibat seperti JPN, JPJ, Pejabat Tanah dan agensi-agensi yang berkaitan memberi kerjasama yang mantap dan pantas dalam menyalurkan maklumat terkini pasangan untuk penguatkuasaan nafkah di Mahkamah.
b) Menambahkan lagi bilangan kakitangan BSK
c) Mempercepatkan lagi proses sebutan dan pendengaran kes bagi tuntutan nafkah tertunggak
d) Membuat kerjasama dengan Pihak Penguatkuasa dan Penjara terhadap pesalah Mal.
e) Memberi hukuman yang berat terhadap Pesalah Mal

7. Impak daripada penambahbaikan terhadap BSK ini akan memberi kesan yang mendalam terhadap penglibatan tenaga kerja wanita ini dalam mendidik generasi muda dalam rumahtangga mereka dan dalam mengelak impak negatif yang berlaku dan menghalang daripada kerosakan institusi keluarga dalam sistem sosio-masyarakat.

II- USUL UNTUK MEMINDA SEKSYEN 51 (1) AKTA PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN & PERCERAIAN) 1976 ATAU “LAW REFORM (MARRIAGE & DIVORCE) ACT 1976” MESTI DISEGERAKAN

1.Seksyen 51 tersebut dengan tajuk “Dissolution on ground of conversion to Islam” memperuntukkan antara lain:-
(1) where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.

2. “Jika salah seorang dari pasangan non-muslim memeluk Islam, hanya pasangan yang non-converting sahaja ada hak untuk petition untuk perceraian. Seolah-olah masuk Islam, ini suatu jenayah dan hak untuk beliau melakukan petition untuk perceraian digugurkan.

3.Isu utama di sini ialah, Seksyen 51 (1) tersebut hanya memberi hak kepada pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membubarkan pernikahan sivil tetapi tidak memberi hak yang sama kepada pasangan yang memeluk Islam untuk berbuat demikian.

4. Hakim Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi dan terakhir) Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman yang mengetuai panel hakim seramai tiga orang tersebut bersama-sama dengan Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Azmel Ma’amor, di dalam kes Subashini lwn Saravanan telah membuat keputusan bahawa perintah pembubaran perkahwinan sivil yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dengan sebab pemelukan Islam oleh si suami tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sivil melainkan setakat menjadi keterangan fakta bahawa pernikahan tersebut dibubarkan berdasarkan Undang-undang Islam.

5. Bermula dari pembubaran perkahwinan, konflik terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak termasuk status agama anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun.

6. Disamping hak muallaf/umat Islam yang perlu diambil kira, hak pasangan yang belum memeluk Islam juga perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang fitnah/backlash kepada Islam yang merupakan agama yang menyediakan segala bentuk penyelesaian untuk segala sesuatu serta rahmat kepada sekalian alam.

7. Di Brunei contohnya, peruntukan undang-undang Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999 tidak menghalang Mahkamah Syariah untuk mendengar dan mengadili kes yang melibatkan bukan Islam di mana peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam tersebut terpakai dalam sebarang hal di mana sekurang-kurangnya satu pihak menganut agama Islam.
8. Bapa Perundangan Negara, Allahyarham Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, Tun Abdul Hamid Mohammad (bekas Ketua Hakim Negara) dan Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkmah Agung) adalah tokoh penting yang dulu pernah mencadangkan percantuman beberapa bahagian khusus antara Mahkamah Syariah dan Sivil.

8.Dalam hal ini, kami menyarankan supaya:
a) suatu usaha untuk mengharmonisasikan undang-undang perlu segera dirangka khusunya bagi pindaan Seksyen 51 Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) dan dilakukan demi menjaga martabat Islam amnya dan institusi Mahkamah Syariah khususnya daripada dipandang sinis oleh masyarakat.

USUL KEDUA: ISU KEBAJIKAN UTK KAUM WANITA:

i- Memperkasa Usaha-usaha Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu
1. Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak dilahirkan lagi… Firman Allah di dlm Surah Al-Baqarah ayat 233.

2. Tidak dapat dinafikan bahawa kebaikan susu ibu adalah yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak dan juga amat baik untuk kesejahteraan emosi, mental serta fizikal seseorang ibu.

3.Oleh itu, tanggungjawab utk menggalakkan penyusuan susu ibu bukan hanya terletak kpd para ibu tetapi ianya adalah tanggungjawab semua pihak termasuk keluarga, kerajaan, pihak swasta dan Ngo.

5. Walaupun kerajaan dan swasta telah mengambil initiatif mengiktiraf beberapa hospital sebagai Hospital Rakan Bayi di samping berusaha menyediakan fasiliti penjagaan kesihatan,usaha2 yg lebih proaktif perlu dibuat bg mempromosikan faedah penyusuan susu ibu kepada masyarakat Malaysia yg masih rendah terutama bg membendung masalah kesihatan yg melanda dunia dgn pelbagai jenis penyakit kronik sekarang ini.

6. Oleh itu kami menyarankan:
1. Supaya lebih byk tempat penyusuan ibu (nursing room/ baby room) dibina di tempat2 awam seperti di pusat membeli belah, stesen bas, lapangan terbang, jab kerajaan dan swasta, sekolah2 dll

2. Menggalakkan sokongan majikan terhdp wanita yg bekerjaya bg membolehkan penyusuan susu ibu dpt diberikan walaupun ketika sedang bekerja dengan mewujudkan persekitaran kekeluargaan dan mesra kanak2 dgn menyediakan bilik khusus penyusuan susu ibu yg selesa serta mempunyai tempat penyimpanan susu.

3. Menambah banyakkan kempen penyusuan susu ibu.

4. Memberi insentif-insentif seperti barang2 keperluan, pemakanan sihat, dan pendidikan bagi penyusuan ibu kepada para ibu.

-Suasana di atas telah lama dipraktikkan oleh negara2 luar spt Amerika, United Kingdom, Korea, Singapura dll yg lebih terbuka mengenai amalan penyusuan susu ibu.

ii- Menambah Tempoh Cuti Bersalin bagi Sektor Swasta

1. Menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia agar meminda Akta Kerja 1955 untuk menyediakan peruntukan cuti bersalin 90 hari kpd pekerja2 sektor swasta selaras cuti bersalin kpd kakitangan awam.

S.37 (i) (a) Employees Act
Every female employee shall be entitled to maternity leave for a period of not less than 60 cosecutive days in respect of each confinement and subject to this part, she shall be entitled to received from her employer a maternity allowance to be calculated or prescribed as provided in sub section (ii) in respect of eligible period.

2. Seksyen ini menyatakan bahawa ibu yang bersalin berhak menerima cuti bersalin selama 60 hari berturut-turut.

3. Manakala kakitangan awam, mereka diberi cuti selama 300 hari cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan. Ini jelas menunjukkan kakitangan awam boleh mengambil cuti selama tempoh 3 bulan (90 hari) bergaji.
4. Disebabkan ramai juga wanita yang terlibat dalam sektor swasta, kami menyarankan supaya:
a) Gesaan untuk pindaan Akta Pekerja 1955 perlu dibuat sesegara mungkin bagi memberi laluan kepada pekerja swasta merasai cuti bersalin bergaji selama 3 bulan.

5. Sekiranya kita merujuk kepada Negara luar mereka lebih prihatin dalam hal-hal yang melibatkan cuti bersalin ini. Contohnya:-
a) UK – 39 minggu malah boleh dipanjangkan sehingga.ke 52 minggu
b) Republik Czech : cuti sebelum kelahiran 6 – 8 minggu dan cuti sebyk 20 minggu selepas bersalin
c) Albania – sebelum bersalin 12 bulan dan 150 hari selepas bersalin
d) Singapura – 4 bulan
c) Vietnam – 4 – 6 bulan

6. Selain memanjangkan tempoh cuti bersalin, kami juga menyambut baik usaha yang telah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara melalui “Projek Bekerja Dari Rumah” yang membenarkan penjawat-penjawat awam wanitanya yang memenuhi kelayakan untuk bekerja dari rumah yang telah pun bermula dan dilancarkan pada 01.10.2012. Antara kelayakan tersebut ialah mendapat 90% KPI untuk 3 tahun berturut, dan kelayakan ini adalah berfasa di mana setiap fasa adalah selama tempoh 4 bulan dan boleh diperbaharui bergantung kepada kelulusan ketua jabatan masing-masing.

7. Melalui projek ini, kakitangan di Jabatan Peguam Negara boleh memulakan kerja mereka di rumah secara maya dan hanya perlu melaporkan sahaja rutin pekerjaan mereka di dalam system database dan hanya perlu menghadirkan diri untuk mesyuarat sahaja di pejabat.

8.Tujuan adalah untuk membolehkan para ibu melaksanakan tugas harian mereka tanpa meninggalkan kerja-kerja pejabat dan dapat memberi quality bersama keluarga.

7. Kami juga memohon supaya pihak kerajaan memberi perhatian kepada wanita yang tidak bekerja. Antara saranan kami ialah dengan memberi insentif bagi setiap kelahiran kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

iii- Cadangan Memberi Cuti kepada Wanita yang kematian suami

1. Apabila seseorang wanita kehilangan suaminya, maka disitu akan mewujudkan perasaan kesunyian dan kesedihan terhadap pasangan mereka. Selain daripada hilang tempat kebergantungan kerana terpaksa mengambil alih keseluruhan tugasan seperti pengurusan anak-anak dan keluarga. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membuat urusan lain seperti pengurusan harta pusaka suami, dll.

2.Justeru itu, pihak kami menyarankan agar pihak kerajaan dan sektor swasta dapat memanjangkan cuti bergaji dalam tempoh iddah kepada isteri yang kematian suami sepertimana yang telah dijalankan di negeri Kelantan.

USUL KETIGA : ISU SOSIAL

1.Permasalahan sosial sedang meruncing dgn peningkatan kes2 gejala sosial spt zina, buang anak, dadah, pelacur, rogol, merempit, merokok dll, yg berada pd tahap yg amat membimbangkan seterusnya akan melumpuh dan menghancurkan sistem masyarakat dan negara kita.

2.Usaha membendung dan menyelesaikan masalah ini perlu diberi keutamaan oleh semua pihak, individu, keluarga, masyarakat dan kepimpinan negara samada melalui peranan pendidikan dan juga penguatkuasaan undang-undang.

3.Statistik:
-Kes Aktiviti Seksual di kalangan remaja 13 – 17 tahun;
-Data rekod WHO, 2005 – 2011; Malaysia berada tempat ke 4 drp 10 negara dlm kes yg berkaitan kehamilan remaja berusia 15 – 19 tahun (Harian Metro: Mac 2015)
-Aktiviti merokok:
-Statistik Malaysia: 40- 50 perokok baru setiap hari… anggaran 4.7 juta orang merokok pd 2011.
-Kes penagih dan penyalahgunaan dadah.
Pengerusi JK Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri. YB A.Latif Awang berkata, statistik penagihan dadah meningkat 1123 kes pada 2015 berbanding sebelumnya hanya 854 kes, 2014.
-penglibatan pelajar sekolah meningkat dengan 155 kes tahun 2014 kpd 170 kes tahun 2015 yang mana kes2 tertinggi adalah di sekolah-sekolah kawasan kuala Terengganu.

4. Sehubungan dengan ini kami menyarankan agar semua pihak, individu, para ibu bapa, masyarakat, badan2 NGOs, pihak kerajaan dan swasta utk bersama-sama berusaha mendidik dan membina individu dan masyarakat yang sihat dan penyayang.

5. Antara saranan kami di sini supaya pihak berwajib menyediakan kursus-kursus dan pelbagai program bina jati diri insan dan keluarga bukan sahaja sebelum berkahwin tetapi selepas berkahwin sepertimana cadangan kami mengadakan Kursus Pasca Perkahwinan.

6. Oleh yang demikian kami mengajak badan-badan kerajaan yang berkenaan seperti Majlis Agama Islam (MAIDAM), Mahkamah Syariah, JKM, NGO atau badan-badan lain yang berkaitan dapat bekerjasama dalam menjayakan kursus ini.

Penutup:
Seterusnya kami mewakili semua NGO wanita yang hadir pada hari ini menyokong dan percaya bahawa sekiranya RUU 355 berjaya, ia bukan sahaja memperkasakan dan menaikkan martabat Mahkamah Syariah bahkan segala bentuk gejala sosial dapat dibendung dan tidak merebak dengan lebih parah.

Sekian terima kasih.

Hanis Mohd Zaidi