Pembikin filem Amerika, politik dan aktivis sosial Michael Moore telah menghantar surat kepada calon presiden parti Republikan Donald Trump, mengutuknya atas kenyataan anti-Islam baru-baru ini yang menggesa Amerika Syarikat mengharamkan kedatangan semua umat Islam ke negara tersebut.
Dalam suratnya, yang dibuat oleh beliau dan diterbitkan di laman Facebook menegaskan kenyataan anti-Islam Trump telah dibuat dalam leadaan beliau ‘kemurungan dan gila’.
Moore juga menyiarkan gambar dirinya di hadapan Menara Trump di New York dengan mempamirkan sepanduk ‘Kita semua adalah Islam’.


Trump adalah peneraju semasa antara calon-calon Republikan dalam penamaan calon parti itu untuk jawatan presiden Amerika Syarikat.
Dalam surat itu, Moore mengingatkan Trump bahawa Amerika Syarikat hari ini buka lagi sebuah negara bagi ‘orang putih yang marah’, dan Presiden Amerika Syarikat masa depan akan dipilih oleh pengundi yang lebih pelbagai dan bahawa rakyat Amerika bernasib baikkerana negara itu tidak lagi kelihatan seperti Trump atau penyokongnya .
Moore berkata lagi, statistik yang akan membuat rambut Trump berpusing adalah 81 peratus pengundi yang akan memilih presiden tahun depan, dikalangan sama ada wanita, orang-orang bukan putih dan anak-anak muda yang berumur di antara 18 dan 35 tahun.
Dalam kata lain, Moore menjelaskan ia bukan anda atau orang-orang yang inginkan anda memimpin negara mereka.
Moore menambah bahawa beliau telah dibesarkan kepada percaya persamaan hak manusia sebagai saudara antara satu sama lain, tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama.


Moore, yang dilahirkan di Michigan pada tahun 1954, dikenali dengan filem dokumentarinya yang mengkritik undang-undang senjata AS, globalisasi, perang Iraq dan sistem penjagaan kesihatan AS.
Kerja-kerja beliau telah diiktiraf dengan beberapa anugerah, termasuk Anugerah Akademi untuk filen “Bowling untuk Columbine”, tahun 2002 yang mengkaji pembunuhan beramai-ramai Sekolah Tinggi Combine di Colorado.





























