Kirisis Kashmir; Empat Askar India Terbunuh Dalam Serangan Berani

1577

Tiga askar India, termasuk dua pegawai, terbunuh apabila lelaki bersenjata ‘disyakki daripada kalangan Mujahidin’ menyerang sebuah pangkalan tentera di Kashmir yang diduduki India.

Ia adalah serangan yang paling berani ke atas sebuah pangkalan tentera India sejak serangan ke atas ibu pejabat tentera India di Uri pada bulan September dimana, 19 askar terbunuh.

Polis berkata, empat lelaki bersenjata yang menyerbu pangkalan di Nagrota sebelum subuh pada hari Selasa, terbunuh dalam keributan tembak menembak dengan pasukan keselamatan yang berlangsung sepanjang hari.

l_168572_112324_updatesNDTV India melaporkan penyerang, berpakaian dalam pakaian seragam polis, menembak sewenang-wenangnya di mes pegawai sebelum mereka mengambil alih bangunan di situ.
Situasi seperti ‘drama tebusan’, kata satu kenyataan tentera India, adalah ‘sangat pantas berlaku’ yangmana akhirnya 14 orang termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak, telah diselamatkan.

“Mayat tiga pengganas telah ditemui dan operasi sedang dijalankan untuk ‘mencuci’ kawasan itu dengan selengkapnya,” kata kenyataan itu.

Kem tentera yang terletak kira-kira 25km dari sempadan Pakistan, adalah salah satu daripada empat pusat arahan di rantau Himalaya yang bergolak, dan kediaman kepada lebih 1,000 pegawai dan keluarga mereka.

Tiga pegawai keselamatan turut cedera dalam serangan itu.

Selepas serangan di Uri bulan September lalu, India telah melancarkan ‘serangan pembedahan’ di kawasan pusat pemberontak seluruh garis sempadan ketenteraan yang dikenali sebagai ‘Line of Control (LoC)’ dalam pertikaian perebutan Kashmir dengan Pakistan.