Terengganu, Malaysia

Khidmat Malaysia Terengganu Bersama Kerajaan Negeri

Khidmat Malaysia Terengganu Bersama Kerajaan Negeri

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Khidmat Malaysia Terengganu berikrar akan bersama menghadapi sebarang bencana dan malapetaka dengan kerajaan negeri.

Ketuanya, Hanafiah Mat berkata, walaupun tampuk kuasa PAS tetap menghargai segala penat lelah mereka.

“Walaupun sibuk, kami di peringkat pimpinan tidak meninggalkan dan melupakan serta akan bersama-sama dengan mereka dalam apa jua perkara.

“Mereka sebahagian besar anak-anak muda adalah golongan pelapis dan akan diberi latihan dari semasa ke semasa.

“Supaya suatu hari nanti mereka menjadi pemimpin serta mengambil alih tampuk pimpinan orang-orang lama yang suatu hari nanti pergi mengadap Allah,” jelasnya.

Khidmat Malaysia Terengganu Bersama Kerajaan NegeriBeliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Menurutnya, mereka yang terdiri dari Alternative Riding Club (ARC), Unit Amal dan keselamatan telah dilatih dengan cara pemikiran PAS, ditarbiyah, diusrah dan memahami kehendak dan hati parti tersebut.

“Syabas kepada anak-anak muda dan tahniah (kepada) orang-orang lama yang masih istiqamah dalam perjuangan ini.

“Saya sekali mengucapkan terima kepada kepada semua yang terlibat dalam menjayakan selama empat tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 untuk kita capai kemenangan PRU ke 14,” ujar beliau.

Hanafiah menambah, mereka merupakan pemain lapangan yang bekerja keras tanpa mengira waktu, masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan parti PAS mencapai kemenangan dalam PRU ke 14.

“Ditarbiyah ,wala’ kepada kepimpinan dan apa sahaja yang diarahkan oleh kepimpinan mereka melakukan dengan sebaik mungkin.

“Mereka juga adalah duta-duta kecil yang berada di lapangan yang menunjukkan contoh dan tauladan kepada masyarakat bahawa inilah dia perjuangan PAS yang membawa gagasan untuk membentuk negeri Terengganu sebagai sebuah negeri mengikut sayariah Allah,” tambah beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan