KHIDMAT Dungun Siap Siaga Hadapi Banjir

252

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (KHIDMAT) Dungun sudah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan  yang berlaku di musim tengkujuh  nanti.

Pengerusi KHIDMAT Dungun, Alias Harun berkata, pihaknya yang akan dibantu oleh Jabatan Amal, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda
Dungun (PADAT), Muslimat dan Pemuda sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi banjir di Dungun.

“Mereka bersedia menunggu arahan sekiranya diarah untuk turun padang walaupun di mana tanpa mengira masa dan dalam apa keadaan sekalipun,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Dungun berkata demikian ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Alias, persediaan tersebut juga mengambil kira pematuhan Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) iaitu penjarakan sosial, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan mengelak daripada bersentuhan.

“Petugas-petugas telah bersedia bertugas dengan budaya normal baharu di dalam berhadapan dengan banjir termasuk peralatan yang akan digunakan ketika banjir,” katanya lagi.