Israel telah membebaskan aktivis Khader Adnan dari penjara berikutan perjanjian bulan lalu di mana beliau bersetuju untuk menamatkan mogok laparnya selama 56 hari.
Mogok beliau merangsang para tahanan Palestin dalam “Peperangan perut kosong” kempen menentang penahanan Israel tanpa perbicaraan.
Adnan pada Ahad disambut oleh berpuluh-puluh orang saudara mara dan penyokong yang bersorak semasa ketibaannya di Arribeh, kampung halamannya di Tebing Barat yang diduduki.
“Saya melihat kebahagiaan mengalir di kalangan rakyat Palesti disamping kesakitan dan harapan untuk kebebasan semua tahanan, Insya-Allah,” katanya.
“Penjajah Israel itu membuat kesilapan menangkap saya kali pertama dan kali kedua dan semua tangkapan sebelum ini.”
Adnan, 37, telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal akibat daripada menolak makanan sejak 4 Mei.
Beliau telah berada di bawah “penahanan pentadbiran” – satu amalan di mana Israel memegang warga Palestin tanpa caj atau perbicaraan – selama setahun, sejak tentera mengambil beliau dari rumahnya Julai lepas.
Peguamnya Jawad Boulos memberitahu Al Jazeera bahawa Israel telah berjanji untuk tidak akan menahan Adnan lagi mengikut garis panduan tahanan pentadbiran, yang boleh memenjarakan rakyat Palestin tidak terhad untuk jangka masa enam bulan boleh diperbaharui.


























