Khader Adnan Hanya Bebas Sehari

637

Khader Adnan, seorang anggota Jihad dan kumpulan kebangkitan rakyat Palestin yang dilepaskan dari penjara Israel hanya ‘bebas’ sehari sahaja apabila beliau ditahan semula.

Beliau ditangkap oleh polis Israel hari ini di Baitulmuqaddis, selepas hanya satu hari dibebaskan, setelah menempuh mogok lapar selama 55 hari di penjara Israel.

IMG_20150712_214022Media Palestin dan Israel melaporkan bahawa Adnan telah ditahan dalam perjalanan untuk mendirikan solat dan beribadat di masjid al-Aqsa pada kesempatan mencari malam lailatul qadar, yang dinantikan oleh umat Islam pada bulan Ramadan.

Israel telah mengenakan sekatan yang teruk pada rakyat Palestin hidup di bawah rejim pendudukan tenteranya. The Ma’an News Agency yang berpusat di Bethelem melaporkan bahawa akses ke masjid al-Aqsa telah diperketatkan menjelang malam-malam Lailatul Qadr.

“Semua Palestin [lelaki] yang berumur di antara 12 dan 30 antara tidak dibenarkan masuk ke dalam Timur Baitulmuqaddis, manakala lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 permit Israel diperlukan, antara” menurut agensi itu.