Ketegangan Al-Aqsa Mencetuskan Pertempuran Di seluruh Tebing Barat

1256

Pertempuran telah meletus di seluruh Tebing Barat yang diduduki Israel, termasuk di Baitulmaqdis Timur, berikutan konfrontasi berterusan antara Palestin dan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Turut sama berada di al-Aqsa pada hari Selasa adalah ahli parlimen (Knesset) Israel Jamal Zahalka yang hadir di perkarangan Al-Aqsa untuk menentang lawatan ahli-ahli pertubuhan Yahudi dan membantah sekatan kemasukan keatas rakyat Palestin yang mahu beribadah.

alaqsa resistance“Kami tidak mempunyai masalah dengan pelawat Yahudi. (tetapi) Kami mempunyai masalah dengan kumpulan-kumpulan yang datang untuk memprovokasi rakyat Palestin,” Zahalka memberitahu Al Jazeera, merujuk kepada pertubuhan-pertubuhan sayap kanan dan kumpulan peneroka haram.

Sejak pagi Isnin, lelaki Palestin di bawah umur 50 tahun telah dihalang daripada memasuki masjid, manakala wanita tidak disekat.

“Ia adalah di dalam wilayah yang diduduki (scara haram oleh Israel) dan Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan tempat-tempat ibadat mereka,” kata Zahalka.

“Kami menolak untuk menjadikan kebiasaan lawatan (oleh Yahudi Israel) ke masjid kerana langkah seterusnya (akan) membahagikan (al-Aqsa),” katanya, merujuk kepada pembahagian Masjid Hebron, al-Ibrahimi kepada bahagian Islam dan Yahudi.

jerusalem-ap-8-photo_0_0Anggota Knesset warga Palestin itu menyeru perpaduan antara Fatah yang berpangkalan di Tebing Barat dan Hamas di Semenanjung Gaza.

“Kami mahu melihat perpaduan atas alasan untuk menyokong Al-Aqsa,” kata Zahalka lagi.

Semasa percutian Sukkot Yahudi selama seminggu yang bermula petang Ahad, ramai orang Yahudi dari seluruh negara melawat perkarangan Masjid Al-Aqsa, yang mereka rujuk sebagai ‘Temple Mount’ dan menganggap sebagai suci bagi mereka.

Gerakn Kuil Gunung dan Eretz Yisrael, sebuah organisasi garis keras Israel yang menyokong menghapuskan Masjid Al-Aqsa, telah menganjurkan perarakan di perkarangan al-Aqsa pada Rabu pagi.

Kumpulan itu mengeluarkan kenyataan menyeru orang-orang Yahudi untuk melindungi ‘Temple Mount’, yang kini mereka mendakwa ‘di tangan musuh-musuh Israel’.

mideast-israel-palestinians“Kami akan menghentikan Islamisasi Kuil Gunung (Mount Temple) dan pembinaan lebih banyak masjid,”menurut kenyataan itu, yang menambah bahawa pasukan polis Israel akan menyediakan perlindungan kepada peserta perhimpunan.

Di bandar-bandar dan kampung-kampung di seluruh Tebing Barat, pemilik kedai Palestin dan institusi awam mengadakan mogok umum selama dua jam dalam perpaduan mempertahankan Al-Aqsa.

Pada petang Selasa,warga Palestin bertempur dengan tentera Israel di Ramallah, Bethlehem, Hebron dan beberapa tempat lain. Berpuluh-puluh kecederaan dilaporkan, termasuk sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam demonstrasi berhampiran Ramallah.

Bercakap kepada Al Jazeera, seorang jurucakap tentera Israel berkata, beratus-ratus rakyat Palestin berkumpul berhampiran Ramallah di luar Beit El, yang terletak sebuah penempatan Yahudi sahaja.

Palestinian protesters run during clashes with Israeli troops over tension in Jerusalem's al-Aqsa mosque near the occupied West Bank city of Ramallah“rusuhan berlaku dan tentera Israel bertindak balas menggunakan cara rusuhan penyebaran.” Kata jurucakap itu yang mengesahkan bahawa tentera Israel menggunakan peluru getah dan peluru kaliber 0.22 inci, menembak tujuh penunjuk perasaan di paras ‘kaki yang lebih rendah’.

Beliau menafikan penggunaan peluru hidup, namun kumpulan hak asasi Israel sendiri, B’Tselem menerangkan 0.22 inci peluru berkaliber sebagai peluru hidup yang kesannya adalah tidak kurang teruk berbanding dengan ’peluru biasa’.

“ia boleh membawa maut dan mendatangkan kerusakan serius , terdapat sekurang-kurangnya dua penembak tepat menembak peluru 0.22 inci berkaliber pada kami,” kata Muhannad Drabee, yang terlibat dengan protes,

“Seorang lelaki telah dipukul dan cedera, maka tentera Israel datang dan membawanya dengan ambulans dan menahannya,”tambah Muhammad

ap_potw_02_jc_150915Di Hebron, berpuluh-puluh pemuda Palestin membantah terhadap sekatan di perkarangan Al-Aqsa telah berhadapan dengan tentera dan peneroka haram Israel di kawasan-kawasan perumahan di seluruh kawasan bandaraya itu.

“Pertempuran yang sangat ganas, tentera Israel telah menembak peluru hidup ke arah penunjuk perasaan,”kata Issa Amro, penyelaras Kumpulan Aktivis Belia Terhadap Penempatan Haram Israel.

Beliau berkata, askar di Bandar Lama Hebron melepaskan bom asap ke arah penunjuk perasaan dan di atas rumah rakyat Palestin.

Di tempar-tempat lain, tentera menggunakan peluru keluli bersalut getah, dilaporkan mencederakan sekurang-kurangnya dua orang demonstran.

Jurucakap tentera berkata bahawa “rusuhan ganas berlaku di Hebron dan [Bethlehem],” tetapi dia enggan mengulas lanjut.

a58089e7-7a71-424c-8cc1-0ca4d1b76918Sebelum subuh pada hari Selasa, tentera Israel menahan tujuh penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur kerana disyaki terlibat dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin, menurut Rangkaian Sokongan Banduan Addameer.

“Kami boleh mengesahkan bahawa seorang budak lelaki berusia 14 tahun dari kejiranan Issawiya [di Baitulmuqaddis Timur] turut ditahan,” kata Rafat Sub Laban, pegawai sokongan Addameer.