Kesihatan Mohamed Badie Menurun, Dikejarkan Ke Hospital

1570

Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie, 72, telah dipindahkan ke hospital selepas kesihatannya merosot dalam penjara, menurut sumber keselamatan Mesir.

“Badie mengalami penurunan peredaran darah” kata sumber berkenaan.

Beliau berkata Mursyidul Am Ikhwan itu dipindahkan ke hospital al-Maniel di Kaherah pada waktu subuh selepas kesihatannya semakin menurun di penjara.

Lewat Jumaat, beberapa media Mesir melaporkan bahawa Badie telah meninggal dunia.

rtr4yhq6Pihak berkuasa Mesir masih belum mengulas mengenai laporan itu.

Dalam satu kenyataan, keluarga pemimpin Ikhwan itu berkata bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang keadaan kesihatannya.

“Apa yang telah diterbitkan membimbangkan,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam talian.

Keluarga itu berkata, mereka telah dilarang daripada melawat ketua Ikhwan itu sejak dua minggu yang lalu, meletakkan tanggungjawab penuh kepada pihak berkuasa Mesir atas sebarang masalah kesihatan beliau.

Badie, bersama-sama beberapa pemimpin Ikhwan, terus menerus menghadapi perbicaraan atas tuduhan keganasan menghasut berikutan rampasan kuasa terhadap presiden yang dipilih, Mohamed Morsi pada 2013.

Sejak penggulingan Morsi, pihak berkuasa Mesir telah melancarkan tindakan keras tidak henti-henti kepada kumpulan Ikhwan Muslimin dan membunuh beratus-ratus penyokong serta memenjarakan beribu-ribu yang lain.