Kesal Dengan Pemimpin PH

1617

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Terengganu yang masih ingin mengamalkan sikap dendam dan khianat amat dikesali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Hishamuddin Abdul Karim berkata ianya kerana sebagaimana yang dilapor pada 9 November yang lalu iaitu pemimpin PH mahu wang royalti Terengganu diuruskan oleh agensi kerajaan persekutuan persekutuan.

“Kekesalan ini saya rakamkan dalam persidangan (DUN) kerana kebanyakkan yang ingin royalti minyak diuruskan oleh agensi pusat (PH) adalah kalangan pejuang royalti ketika bergelar pembangkan suatu ketika dahulu.

“Saya mengharapkan agar hasrat ini mereka (PH) tidak teruskan malah sepatutnya berganding bahu antara kita sesama (ahli politik) melupakan seketika persengketaan politik supaya negeri tanah tumpah ini agar lebih berdaya saing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika membahaskan mengenai pembentang bajet, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman (WDI), pada hari ini.

PH Terengganu katanya perlu menggunakan ruang berada di peringkat kerajaan persekutuan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Paling tidak berusahakan di peringkat persekutuan dan mungkin ini cadangan saya buat mereka (PH).

“Yang pertama kadar pembayaran hutang yang belum cukup tempoh matang tidak perlu lagi dipaksa bayar.

“Atau berusaha mendesak kerajaan persekutuan dapat melunasi segera pembayaran yang masih tertunggak kepada kerajaan negeri sebanyak RM 1.431 bilion.

“Tidak lain dan tidak bukan demi melihat kelansungan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, berdaya saing, melihat kepentingan rakyat,” ucapnya.

Oleh itu katanya, semua ahli politik perlu bergandingan demi memberi khidmat yang terbaik buat rakyat.

Beliau juga turut menyentuh perkara berkait perjanjian awal diantara kerajaan negeri dengan petronas dimana petroleum adalah hak milik Negeri Terengganu sebagaimana dibaca pada ucapan belanjawan 1979 oleh Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad

Katanya, beliau bersetuju dengan wakil Kijal, Ahmad Said menyentuh hal berkenaan status royalti dalam sesi soal lisan.

Transkrip berkenaan katanya, penting untuk sejarah Terengganu, serta diambil pengajaran oleh Barisan Nasional kerana sewaktu pemerintahan PAS pada penggal 1999-2004 sehingga memberi kesan royalti minyak ditarik balik dari Terengganu dan diuruskan oleh agensi pusat.

“Ini cerita lama dan kita harap ianya tidak akan berulang lagi di masa mendatang.

“Malahan kita perlu berganding bahu untuk melihat masa depan yang lebih baik buat rakyat Negeri Terengganu,” tegasnya.