Kerjasama PAS UMNO Untuk Selamatkan Generasi Akan Datang

46

DUNGUN – Kerjasama di antara PAS dan Umno adalah bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam dan juga generasi akan datang di negara ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor berkata tanah air ini tidak lagi selamat untuk didiami oleh umat Islam dan anak cucu .

“Agama akan menjadi hak peribadi dan tidak boleh bercakap di khalayak ramai, identiti Melayu akan hilang,, anak -anak kita kenal identiti kita,

“Generasi sekarang kena ubah dan tindakan untuk elakkan dan menyekat mudarat akan datang,” tegasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke 67 dan juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dungun di sini pada 18 Julai.

Menurutnya, PKR dan DAP adalah parti liberal dan pragmatik yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat.

“Mereka tidak takut atau gentar kerana mereka tahu kita sedang lemah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan PAS Terengganu ialah Teguh Memimpin dengan mempertahankan kemenangan yang diperolehi 2023 yang lalu,

“Tentulah tidak mudah melakukannya tetapi tidak juga mustahil dengan kekangan – kekangan dan juga cabaran -cabaran yang ada termasuklah bila mana seperti yang kita tahu kerajaan berbeza, kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan,

“Dengan kekuatan kewangan kita dipegang oleh kerajaan Persekutuan , tidaklah mudah tetapi telah kita telah lalui , dengan tidak ada peruntukan daripada dana royalti pun kita berjaya mengendalikan kerajaan,

“Berbekalkan dengan semangat dan kerja keras yang tidak pernah berhenti semua Yang Berhormat termasuk jentera -jentera di kawasan, dewan-dewan,DUN dan cawangan -cawangan , kita yakin kita dapat mempertahankan kemenangan,” katanya .