Kerajaan tiada menyediakan ‘Jalan Matang’ untuk Suara Rakyat – Abby

1482
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/abby%20R%20Terengganu.jpg

Terbaru, selepas menyatakan sokongan kepada himpunan ‘Royalti’ di Kota Bharu, Kelantan, Abby turut bersama himpunan mengecam tindakan pihak berkuasa yang bertanggung jawab dengan industri minyak sawit, Felda.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/abby%20R%20Terengganu1.jpgMengulas tentang kebangkitan rakyat, Abby yang sentiasa berkomunikasi melalui laman sosialnya berkata, kepada (mereka) yang belum sedar, ambil tahu! ‘Kebangkitan Rakyat’ berlaku adalah kerana Kerajaan langsung tiada menyediakan ‘Jalan Matang’ untuk Suara Rakyat.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak memberi reaksi positif kepada ‘Suara Rakyat’….. Sembang je lebih nak bagi tempat untuk berhimpun, bila mohon berbagai ALASAN!,”ujarnya.

Beliau turut menyatakan tidak puas hati kerana pihak Felda ketika menyertai Himpunan Aman untukk Palestin dan Untuk Warga Felda yang teraniaya. 

“Mereka berhimpun kerana tiada jalan matang untuk berdepan dengan mereka yang (tidak) bertanggungjawab dan banyak dolak dalihnya.

“Nak berjumpa untuk hantar Memo pun tidak diberi masuk. (Lelaki yang berbaju kelabu tu sahaja wakil FELDA) yg menyambut di luar pagar. Masa ‘deal’ bukan main lagi datng jumpa seorang-seorang. Macamana tu?,”soal Abby.

Ketika menyertai Himpunan tersebut pada 23 November lalu, Abby turut memberikan sokongan kepada tuntutan royalti minyak rakyat Terengganu dengan memakai logo ‘R” Terengganu yang berwarna hitam-putih.