Kerajaan tentera Thailand perlu menunjukkan ‘fleksibiliti’ yang lebih besar dalam perbincangan dengan pemberontak Melayu Islam yang masih berjuang sejak berdekad lalu.
Dalam temu bual dengan seorang anggota dari kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) Pak Fakih berkata, rundingan damai terkini, pemerintah mestilah menggugurkan sebarang ‘pra-syarat’ perbincangan.
Menurutnya, tentera Thailand mesti menghormati para pejuang pemisah dan mengambil pendekatan yang lebih berfikiran terbuka.
“Ia adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa kita tidak mahu berunding. Kami (boleh) lakukan, tetapi tidak di bawah keadaan semasa,” kata beliau, kini berusia 67, yang telah berjuang sejak berusia 15 tahun dan kehilangan seorang anak lelaki dalam konflik, tujuh tahun yang lalu.
Lebih daripada 6,500 orang telah terbunuh sejak tahun 2004 sahaja dalam pemberontakan di selatan Thailand kebanyakannya Buddha.
Seorang askar dan seorang anggota polis telah terbunuh pada Khamis lalu dan 26 orang cedera oleh ledakan bom tepi jalan, yang diikuti satu sesi baru rundingan di Malaysia antara tentera dan puak pemberontak lain.


“Serangan kami adalah terhad kepada kawasan pedalaman Selatan dan akan menghantar isyarat kepada kerajaan Thailand. Kami tidak mahu menyebabkan kemudaratan meluas,” kata Fakih yang enggan diambil gambarnya.
“Kerajaan mengatakan mereka berjuang ‘melawan’ hantu di Selatan jadi kami mahu menunjukkan kepada mereka bahawa kita wujud dan kita mempunyai kesungguhan.” tambah beliau dipetik agensi Reuters.
Pada bulan April, Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha (Gambar bawah) menolak tawaran BRN untuk rundingan dengan inisiatif oleh pihak ketiga yang berkecuali dengan berkata, mereka tidak memerlukan pengantaraan antarabangsa atau pemerhatian.
Kerajaan juga menetapkan agar para pejuang pemisah mengiktiraf perlembagaan sebagai pra-syarat untuk sebarang perbincangan dengan BRN.
Semenjak mereka telah digabungkan dibawah Siam pada tahun 1909, tiga wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat sebelumnya adalah sebahagian daripada kesultanan Melayu Islam yang bebas.


“Kami dan rakyat seperti ‘ikan dan air’…….tidak boleh dipisahkan,” kata Encik Fakih.
BRN telah menjadi sebahagian daripada perbincangan sebelum tentera merampas kuasa pada tahun 2014, tetapi disisihkan apabila rundingan dimulakan kembali di bawah tentera pada tahun 2015.
Perundingan telah berlaku antara kerajaan dengan kumpulan ‘Mara Patani’, sebuah kumpulan payung yang mendakwa mewakili semua puak pemberontak utama.
Namun Pak Fakih mempertikaikan tuntutan untuk memasukkan para ahli BRN kerana katanya, mereka hanyalah terdiri daripada bekas-bekas pejuang sahaja.
Beliau berkata dasar kerajaan di wilayah Selatan juga adalah rumit terhadap puak yang berbeza dalam keadaan pasukan keselamatan berebut kuasa.
“Mereka berjuang untuk kawalan ke atas belanjawan dalam mentadbir rantau ini bukannya benar-benar mahu mendengar apa yang kita katakan,” tegasnya.




























