MARANG – Walaupun telah puluhan juta telah diisytiharkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, untuk menyelesaikan masalah muara Sungai Mercang, namu masih belum selesai.
Sudah berkali-kali pelbagai media membuat laporan, menyampaikan rintihan para nelayan kepada pemerintah, tetapi musim tengkujuh setiap akhir tahun, menutup rapat rezeki para nelayan tersebut.
Pada 21 Mac 2016, Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abdul Rahman telah meminta JPS untuk menyemak semula peruntukan yang diluluskan untuk Muara Merchang.


Manakala pada pada 26 Julai lalu, agensi Bernama melaporkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk mengatasi masalah kuala sungai tersebut yang cetek.
Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan A Latiff Awang berjani akan menyelesaikan kerumitan yang dihadapi kira-kira 500 nelayan tempatan itu dalam dalam masa terdekat.
Katanya, peruntukan menambah baik muara Sungai Merchang dekat Marang itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
Sebelum itu, pada bulan Mei 2011, ketika menjawab soalan ADUN Rhu Rendang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ke-12, kerajaan sudah berjanji akan menyelasaikan masalah yang sama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri ketika itu, Datuk Za’aba Mohd Adib berkata antara yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja menggali dan mendalamkan muara sungai.
Za’aba berkata kajian dan reka bentuk serta rancangan pembinaan benteng pemecah ombak di muara sungai itu dijangka melibatkan kos lebih RM30 juta.
J

“(keadaan) muara sungai ini sangat mengejutkan, ia terlalu cetek………saya difahamkan (baru-baru ini pula) kerajaan telah meluluskan RM1.4 juta bagi membina prasarana,
“namun amat malang (ia masih tidak selesai),”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan terbabit bersama PAS Kawasan Marang pada Selasa 8 November.
Oleh itu, katanya, beliau akan membawa perkara tersebut dan meminta penjelasan kerajaan sekali lagi, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan di adakan pada 24 November ini.
Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana khazanah semula jadi berhampiran kuala sungai itu tidak dimafaat oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.


“walaupun ada (diusahakan) tapi (seperti) hidup segan mati tak mahu,”tegasnya.
Oleh sebab itu, beliau menggesa kerajaan mengambil peranan memajukan kawasan terbabit.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Marang Haji Yahaya Ali dan wakil nelayan tempatam Mohd Deraman.
https://youtu.be/wWq6IiwS1N8
Berita Sebelum Ini;
Kerajaan Digesa ‘Bersungguh’ Selesaikan Masalah Kuala Sungai Mercang


























