Kerajaan BN Tuduh Pulau Pinang Guna Hasil Judi!

883

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/judihasilnegara.gif– Sedang Hasil Judilah Yang Membayar Gaji & Elaun Penjawat Awam???
Ini adalah fakta-fakta asas.
Malaysia memiliki kasino, telah mengeluarkan lesen perjudian kepada Pengendali Nombor Ramalan (numbers forecast operators – NFOs) dan juga lesen untuk mesin judi ‘jackpot’ di pelbagai kelab. Ada juga kelab lumba kuda (turf club) yang menawarkan pertaruhan.

Pendapatan dari kegiatan perjudian dimasukkan ke dalam Dana Konsolidasi (Consiladated Fund) yang ditadbir oleh Jabatan Perbendaharaan.

Malaysia juga merupakan negara Islam, menurut kerajaan campuran yang berkuasa, Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 2008, Tan Sri Vincent Tan, Ananda Krishnan dan orang-orang di belakang Magnum 4D membuat sumbangan politik untuk ahli politik UMNO untuk Pilihanraya 2008.

Para ahli politik UMNO gembira menerima wang itu dan mengagih-agihkannya kepada para pekerja politik dan para pengundi dengan cara upah dan cenderahati.

Hari ini para ahli politik yang sama cuba untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Pulau Pinang kerana dipercayai menggunakan dana dari lumba kuda untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan, yang memberikan RM100 tahunan untuk warga emas di negeri itu.

Kemunafikan ini memuakkan dan memualkan!

Para ahli politik UMNO cukup senang menerima berjuta-juta ringgit wang perjudian, cukup senang menerima percutian berbayar di Mediterranean, memperolehi peruntukan saham, namun terus memberitakan dan meuar-uarkan tentang menggunakan pendapatan ‘tidak bersih’ tersebut untuk tujuan amal.

Ini bermula dengan Ketua Penarangan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan tuntutan yang dibuat di Blog Pisau.net, yang mendakwa bahawa bayaran tahunan RM100 bagi warga negara emas kononya, dibiayai melalui pendapatan hasil pertaruhan.

Reezal juga mendakwa ‘khabar angin’ mencetuskan ketidakselesaan kepada beberapa penerima wang, terutama mereka yang Muslim.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyertai keributan tersebut kemarin, beliau mengatakan bahawa umat Islam tidak mahu dikaitkan jika wang judi digunakan untuk program terbabit

“Kami ingin jawapan dari Lim. Jika wang tersebut hasil dari sumber yang dilarang, umat Islam tidak boleh mengambil bahagian, “katanya kepada wartawan di Pagoh.

Halus kata-kata dari pemimpin BN. Namun fakta cabaran mereka dilemparkan pada kerajaan Pulai Pinang.

Pengerusi Jawtankuasa Agama Pualau Pinang Abdul Malik Abul Kassim mendakwa bahawa tuduhan yang dibuat dalam blog dan oleh Pemuda UMNO, adalah “khayalan”, tidak berdasarkan fakta dan dibuat dengan niat buruk.

Dana tersebut, katanya, adalah hasil langsung dari tindakan berjimat cermat pentadbiran negeri Pulau Pinang dan pematuhan terhadap prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan transparansi (competency, accountability and transparency-CAT), yang membolehkan Pulau Pinang menjimatkan RM20 juta untuk program kesejahteraan.

“Dari peruntukan itu, kita telah menghabiskan sebanyak RM10.7 juta dan kita masih memiliki jumlah tambahan RM9.3 juta untuk meneruskan program untuk warga emas di negeri Pulau Pinang.

“Hal ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa ‘wang ihsan’ (Pulau Pinang) tidak dari sumber perjudian. Ia datang dari hasil pendapatan dari simpanan kami, juga kutipan dari sumber-sumbe lain – bukan dari judi.

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen perjudian. Hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk melakukannya, “kata Malik.

Mungkin BN dan rakyat Malaysia seluruhnya perlu diberi peringatan kepada pihak yang telah menaja aktiviti sukan negara, olahragawan dan olahragawti bertahun-tahun lamanya, ia bukan dari pengurus aset negara Khazanah Nasional Berhad atau UEM tetapi dari syarikat-syarikat judi seperti Bejaya Sports Toto Berjaya dan Empat Nombor Ekor (Magnum 4D).

Empat Nombor Ekor (4D Magnum) menyokong dan membiayai Alex Yoong di tiga perlumbaan Formula Satu tahun 2001 untuk pasukan Minardi, memulai kempennya di GP Itali, menjadikan Alex Yoong sebagai pemandu F1 pertama Malaysia.

Untuk menambah fakta penghinaan keatas hasil perjudian yang diperkatakan, ketahuilah, Jabatan Perbendaharaan telah menaikkan duti (cukai) pertaruhan (pool betting duty) untuk pengendali judi nombor ramalan (numbers forecast operators-NFO) dari 6% menjadi 8% berkuatkuasa pada Jun 2010 (duti judi adalah berdasarkan hasil jualan kasar selepas ditolak cukai pertaruhan 8%).

Menjadikan Dana pendapatan kerajaan Malaysia meningkat dan hasil itulah yang membantu untuk membayar gaji dan elaun para penjawat perkhidmatan awam negara ini serta anggota Kabinet.

Inilah cara terbaik untuk memberi ingatan kerajaan BN ketika menuduh musuh politiknya menggunakan hasil judi untuk kebajikan, sedang BN sudah lama melakukan hal yang sama. Jangan berjudi dengan kebodohan rakyat.

Kerana Rakyat kini tidak lagi sebodoh kerajaan BN!

(Terjemahan Bebas Oleh Editor dari artikel asal ‘Gambling On Ignorane’ Malaysian Insider