Keputusan ‘Bertanggungjawab’ Iran Untuk Mencapai Gencatan Senjata Dengan AS

129
Delegasi peringkat tinggi dari Iran yang diketuai oleh Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf tiba di Islamabad awal pagi Sabtu menandakan penglibatan Tehran dalam usaha diplomatik yang berterusan.

Menteri Luar Abbas Araghchi berkata keputusan Iran untuk menerima gencatan senjata adalah langkah “sangat bertanggungjawab”, bertujuan menamaktan sepenuhnya perang, mendapatkan pampasan untuk kerosakan, dan meminta daripada penceroboh.

Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon pada hari Sabtu dengan rakan sejawatnya dari Jerman, Johann Wadephul, Araghchi mengulas perkembangan terkini berkaitan pencerobohan tentera AS-Israel terhadap Iran.

Araghchi menekankan kepentingan kedudukan semua negara untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Merujuk kepada pelanggaran komitmen dan jenayah AS yang berulang kali dilakukan semasa dua perang yang sepanjang tahun lalu, Araghchi berkata penerimaan Iran terhadap gencatan senjata harus dihargai oleh semua pihak.

“Keputusan Republik Islam Iran untuk menerima gencatan senjata … adalah tindakan yang sangat bertanggungjawab yang mesti dihargai oleh semua pihak,” katanya.

Jerman mengalu-alukan usaha Iran untuk menghentikan perang, menekankan keperluan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Lubnan.

Johann melahirkan harapan bahawa rundingan yang akan datang akan memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau terbabit.

Dalam pada itu, delegasi prrundingan Iran diketuai oleh Speaker Parlimen Mohammad Baqer Qalibaf, selama mendarat di ibu negara Pakistan dengan menaiki Penerbangan “Minab 168,” simbolik merujuk kepada 168 pelajar perempuan dan kakitangan sekolah yang dibunuh oleh tentera AS pada 28 Januari.

Rundingan tersebut dijangka memberi tumpuan kepada usaha yang lebih luas untuk menstabilkan rantau ini.