Kempen Atas Talian Aktivis Rayu Sokongan Terhadap Morsi

886

Sekurang-kurangnya 2,500 aktivis dari seluruh dunia telah menyatakan sokongan kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih Mohamed Morsi dalam talian melalui laman web yang berpangkalan di Istanbul “Freemorsi.org”.

Aktivis telah memulakan kempen untuk menyokong Morsi dan 105 defenden bersamanya yang dituduh mengambil bahagian dalam tindakan ‘memcah keluar’ penjara pada 2011 ketika pemberontakan Mesir.

Mahkamah Mesir baru-baru ini telah menjatuhkan Morsi hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan yang didakwa.

Platfom sokongan dalam talian dilancarkan pada Ahad merancang untuk mengumpul tandatangan untuk menarik perhatian kepada perbicaraan Morsi, yang berakhir pada 16 Jun.

Image: FILE - Mohammed Morsi Sentenced To Death“Ghandi, Martin Luther King atau Mandela;. Mereka semua berjuang untuk kebebasan, keadilan dan kemanusiaan Morsi juga berbuat demikian, beliau terlalu menentang keganasan dan militan …diktator tentera telah memenjarakan Morsi dan rakan-rakannya Hukuman mati yang diperintah adalah satu tamparan memalukan kepada… semua orang yang percaya kepada demokrasi,”menurut kenyataan rasmi di laman web tersebut.

“Morsi dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk mempertahankan maruah umat manusia, kita semua. Ayuh….. semua suara orang yang percaya kepada kebebasan, keadilan dan demokrasi didengar. Presiden rakyat Mesir yang dipilih, Morsi dan rakan-rakannya perlu dibebaskan, “lagi kata-kata yang diungkapkan oleh laman web tersebut

Morsi digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa pada Julai 2013 – hanya satu tahun selepas memegang jawatan dalam pilihan raya pertama negara yang bebas dan demokratik.

Tindakan tentera beberapa jam selepas bantahan besar-besaran terhadap pemerintahan Morsi itu.

Abdel-Fattah el-Sisi, ketua tentera bekas, dipilih sebagai presiden tahun lepas, selepas hampir satu tahun beliau mengetuai rampasan kuasa terhadap Morsi.

Sejak penyingkiran Morsi itu pada tahun 2013, pihak berkuasa Mesir telah melancarkan tindakan keras tanpa henti kepada mereka yang berbebeza pendapat yang sebahagian besarnya disasarkan kepada penyokong bekas presiden, menyebabkan beratus-ratus dipenjara dan beribu-ribu orang mati dibunuh.