Kemaskini Jentera, Sedia Hadapi PRU

491

Oleh : Adli Mohamad

AlOR SETAR – Pemuda PAS pelbagai peringkat diarahk mengemaskini jentera masing-masing dan bersiap menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, IR. Khairil Nizam Khirudin ini kerana didalam suasana kemelut sekarang adalah fokus terarah kepada pilihanraya.

“Saya merayu kepada (seluruh) pemuda PAS balik (dari program) ini terus bantu Badan Perhubungan (PAS) Negeri masing-masing.

“Kumpulkan jentera dengan anak-anak muda kita ini walaupun (daripada) latar belakang yang pelbagai, mereka (anak muda) semua mesti didekatkan dengan PAS, mesti menjadi penyokong PAS (serta) mesti mengundi PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lautan hadiran yang hadir pada Program Himpunan Anak Muda 30 K (HIMMAH), di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, pada Sabtu 29 Februari.

Turut diseru beliau agar pemuda PAS memperbetukan niat berjihad kerana Allah dan demi Islam serta meletakkan kepercayaan kepada pimpinan serta mempunyai nilai akhlak berjemaah.

“(Maka)Allah Taala akan menghadiahkan kemenangan.

“Kemenangan yang Allah dekatkan kepada kita, sebab itu saya menyeru kepada semua jenteras kawasan bermula pada hari ini pastikan program Qiamulail (serta) program tadarus (al-Qur’an) dilaksanakan secara dua kali dalam sebulan.

“Kalau boleh dibuat di masjid-masjid secara terbuka,”ujarnya.

Juga katanya, dengan memastikan setiap pemuda perlu berada di saf pertama solat subuh secara berjemaah di masjid.

“Saya yakin dan percaya dengan kebijaksanaan dan strategi yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden PAS dan kepimpinannya serta kekuatan fizikal pemuda (dengan) rohnya tidak ada sebarang alasan untuk Allah SWT menghadirkan kemenangan kepada kita,” ujarnya.

Disamping mencontohi perjuangan Rasulullah dan para sahabat serta ulama yang telah memimpin perjuangan PAS beliau turut menyeru agar anak muda menjadi agen perpaduan serta menjadi wartawan kepada PAS.

“(Dengan) Media-media sosial kita perlu digerakkan untuk memberikan penerangan tentang PAS dan perjuangannya,”ujarnya.

Katanya didalam menyampaikan maklumat perlu dipastikan sahih jangan mengamalkan sifat tidak berakhlak dengan menggunakan perkataan kesat dan fitnah.

Sehubungan itu juga katanya, debaran terhadap kemelut politik yang berlaku didalam negara ini disalurkan dengan bermunajat kepada Allah SWT.