Kekalkan Matlamat Dan Akidah Perjuangan

132

Oleh : Mohd Fakhrullah

KUALA TERENGGANU – Segala perancangan dan gerak kerja perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, bagi memastikan matlamat serta akidah perjuangan sebenar, kekal pada tempatnya.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia sangat penting untuk mengekalkan kemenangan di bumi Darul Iman.

“Dasar perjuangan kita berlandaskan Islam maka setiap tindakan dan gerak kerja perlu disandarkan kepada aqidah dan syariat Islam,

“Persediaan jentera bukan sahaja dari sudut luaran bahkan kekuatan dalaman seperti hubungan dengan Allah SWT agar sentiasa diperkemaskan untuk memastikan kemenangan Islam yang ada pada hari ini terus kekal dimiliki,” jelasnya.

Beliau yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada Jentera PAS Kawasan Kuala Terengganu dan Marang, pada Sabtu 13 Mac.

Beliau turut menggesa agar setiap Pemuda dan Ameerah bagi menjadi penghubung kepada masyarakat agar setiap kefahaman yang disampaikan oleh pimpinan terus disalurkan kepada rakyat.

“Setiap daripada kita semua harus menjadi perantara kepada masyarakat agar setiap penyampaian daripada pucuk pimpinan parti disampaikan kepada rakyat.

“Teruskan berkerja dengan sebaiknya bagi memastikan kemenangan Islam dalam PRU akan datang terus dikekalkan.” tegasnya, sempena Merasmikan Institut Latihan Pilihanraya Pas Negeri (ILPAS), di Dewan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman, Bukit Payong.