Kebebasan Manusia Dengan Ikatan Aqidah

111

Alhamdulillah hari ini (Jumaat) menamatkan pengajian kitab Mukhtasar Mazhab Aqidah Dan Firqah Umat Islam dengan tajuk terakhir membincangkan tentang Islam Liberal.

Islam liberal merupakan satu fahaman baru yang diwujudkan di kalangan orang Islam bagi memesongkan mereka daripada agama Islam. Islam liberal ini bukanlah daripada ajaran agama Islam.

Islam menetapkan konsep kebebasan manusia dengan ikatan aqidah iaitu dengan memperhambakan diri kepada Allah SWT sehingga dibebaskan daripada kezaliman sesama manusia.

Konsep liberalisasi pula telah menghilangkan harga diri manusia di negara yang beramal dengannya sehingga menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam hubungan keluarga dan masyarakat.

Manusia yang mengikut ajaran liberal menjadi lebih hina daripada binatang dengn membenarkan perkahwinan sejenis di atas nama kebebasan.

Sebelum daripada itu, mereka mengizinkan hubungan tanpa perkahwinan yang telah merosakkan masyarakat sehingga berlakunya penularan penyakit.

Umat Islam mestilah tidak terjerumus dalam ajaran-ajaran baru dan lama yang bercanggah dengan Islam dan tidak melakukan kemungkaran terhadap aqidah Islam.

Insya-Allah pengajian aqidah akan disambung dengan kitab Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Kuliah Dhuha Jumaat, 8 Rabi’ul Awwal 1443H