Kanak-kanak Perempuan 13 Tahun, Mangsa Bunuh Terbaru Tentera Israel

1663

Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia 13 tahun telah ditembak mati oleh tentera Israel di Timur Baitulmuqaddis pada hari Sabtu selepas polis Israel mendakwa kononnya beliau cuba menyerang seorang pengawal keselamatan Israel dengan pisau.

Menurut polis Israel, Rokaya Abu Eid ditembak mati di pintu masuk penempatan Yahudi Anatot di utara Jerusalem.

hassan manasraSumber Palestin tempatan berkata, berikutan kejadian itu, tentera Israel telah menahan bapa Abu Reid dan membawa beliau ke sebuah balai polis di Ma’ale Adumim.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kematian Abu Eid, Sabtu lalu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sejak 1 Oktober tahun lepas kepada 164, termasuk 31 kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 20 daripada kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaanoleh tentera Israel dalam tempoh tersebut.

Jenazah seorang lagi mangsa bunuh warga Palestin, Hasan Manasra, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun terbunuh Oktober lalu – masih belum diserahkan kepada keluarganya oleh pihak berkuasa Israel.