Jordan Usir Duta Syria Kerana Menghina

979

Amman mengisytiharkan Duta Syria Bahjat Suleiman supaya “menyeberangi garisan sempada” ekoran kenyataan-kenyataan media beliau, dan meminta beliau untuk meninggalkan negara Jordan.

Amman juga telah memberikan Bahjat Suleiman, tempoh selama 24 jam untuk beliau meninggalkan negara itu kerana didakwa menghina kerajaan Jordan

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Sabbah Rafei memberitahu Al Jazeera pada hari Isnin bahawa Jordan telah mengusir duta Syria itu kerana telah ‘menceroboh garisan dan yang peraturan diplomatik’.

Bahjat Suleiman“Kementerian hal ehwal luar telah menghantar memorandum ke kedutaan Syria menyatakan bahawa Bahjat Suleiman adalah orang yang tidak diingini di Jordan,” kata Rafei dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negeri, Petra.

Keputusan itu dibuat selepas Suleiman telah “berulang kali menghina Jordan melalui temu bual dengan media dan laman media sosial,” tambah kenyataan itu.

Agensi berita Petra memetik Rafei sebagai berkata Suleiman telah “menyeerang Jordan, dan rakyat Jordan, dan pemimpin-pemimpin dan tokoh politik”.

Kenyataan itu juga mendakwa duta yang menyalahgunakan tugasan beliau di Jordan untuk menghina negara-negara Arab yang lain, yang merujuk secara tidak langsung kepada negara Arab Saudi dan Qatar.

Agensi berita AFP melaporkan TV negara Syria sebagai berkata bahawa Syria akan bertindak balas dengan mengusir diplomat Jordan di Syria.

Seminggu yang lalu, Bahjat Suleiman telah memanggil rakyat Syria di Jordan untuk mengundi dalam pilihan raya presiden yang akan diadakan dari Amman, Syria.

Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh berkata, sebagai maklumbalas berkata bahawa Jordan masih mempertimbangkan samada negara itu akan membenarkan Syria mengundi di kedutaan mereka.

Pilihan raya Presiden Syria dijadualkan berlangsung pada 3 Jun depan.