Jordan Akan Memasang Kamera Pengawasan Di luar al-Aqsa

1032

Kerajaan Jordan akan meeasang kamera keselamatan di sekitar kawasan masjid Al-Aqsa masjid dalam sedikit masa lagi, untuk memantau sebarang perlanggaran oleh rejim Israel.

Pada bulan Oktober, Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry meluluskan rancangan untuk memasang kamera di persekitaran ‘kiblat pertama’ orang Islam itu dalam usaha untuk mengelakkan gangguan gangguna tidak berulang, selepas mengadakan perbincangan dengan Raja Jordan, Raja Hussein dan pemimpin Palestin Mahmud Abbas.

israeli-forces-clash-with-palestinians-at-al-aqsa-mosque-1442156024-2980Perdana Menteri rejum, Benjamin Netanyahu turut bersetuju.

Tetapi pihak kepercayaan polis Israel telah menyekat Jordan ketika mahu memasang kamera tersebut.

“Sebuah pusat kawalan akan ditubuhkan untuk memantau video pengawasan persekitaran selama 2 jam,” kata Menteri Hal Ehwal Islam Jordan Hayel Daoud.

“Rakaman itu akan disiarkan secara dalam talian untuk mendokumentasikan semua pelanggaran dan pencerobohan Israel”, katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa tiada kamera akan dipasang di dalam masjid.

Pertempuran antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel tercetus di perkarangan al-Aqsa pada September berikutan kebimbangan di kalangan umat Islam bahawa Israel sedang merancang mengubah peraturan yang mengawal tapak di timur Baitulmaqdis.

karpet al-aqsa terbakar1Pertempuran Al-Aqsa diikuti gelombang keganasan yang telah membunuh 198 rakyat Palestin, 28 Israel, dua rakyat Amerika, yang Eritrea dan Sudan sejak 1 Oktober.

Masjid itu adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah.

Ia juga dihormati oleh orang Yahudi hang mendakwa sebagai tapak Kuil Pertama dan Kedua mereka.

Di bawah peraturan lamanya, Yahudi dibenarkan untuk melawat, tetapi tidak melakukan sebarang ‘ritual’ dalam persekitaran al-Aqsa.