Jepun Bersekongkol Dengan Amerika

827

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/57120.jpgDengan keputusan kabinet Jepun semalam, yang meluluskan sekatan baru terhadap Iran, menjelaskan dasar luar negara matahari terbit terhadap Iran dan tidak menyembunyikan ketundukan pemimpin Jepun kepada Amerika Syarikat.

Antara butiran sekatan terbaru Jepun itu adalah pembekuan aset lebih 100 kumpulan atau pemimpin yang ada kaitan dengan program nuklear Iran.

(Gambar fail – Perdana Menteri Jepun sebelum Naoto, Yukio Hatoyama, bertemu dengan Obama pada januari lalu)

Selain itu, Jepun turut mengambil langkah mengetatkan larangan ke atas urusan kewangan yang berkaitan dengan Iran, lapor Jiji Press.

Pakej sekatan baru itu juga melarang institusi kewangan Jepun daripada membeli bon yang dikeluarkan bank pusat Iran.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Canada dan Australia juga mengumumkan sekatan tambahan yang ditentang Russia dan China.

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri Jepun yang baru dilantik, Naoto Kan telah pun membuat panggilan teleon kepada Presiden Amerika Barrack Obama bagi mengukuhkan pakatan kedua-dua negara tersebut.

Tehran Times melaporkan, Menteri Luar Jepun memetik Perdana Menterinya sebagai berkata, Jepun akan meneruskan hubungannya dengan Amerika untuk menangani cabaran serantau dan antarabangsa secara bersama