Utusan Hak Asasi Manusia PBB Tomás Ojea Quintana berkata, kekurangan teruk makanan, air dan rawatan perubatan untuk Rohingya di barat Myanmar adalah sebahagian daripada sejarah penganiyaan yang panjang terhadap minoriti agama yang boleh dikira sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan” (crimes against humanity).
Kenyataan Quintana adalah ekoran pemindahan beratus-ratus pekerja kemanusiaan antarabangsa dari negeri Rakhine, kawasan tempat tinggal kepada hampir semua 1.3 juta Rohingya muslim, beribu-ribu daripada mereka yang masih tinggal di kem-kem pemindahan yang sesak.


Quintana, utusan khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia berkata, perkembangan di Rakhine adalah yang terbaru dalam “sejarah panjang diskriminasi dan penganiayaan terhadap masyarakat Rohingya muslim yang boleh didakwa sebagai jenayah terhadap kemanusiaan”.
Lebih daripada 170 orang pekerja bantuan keluar dari negeri itu akibat daripada pergolakan bulan lepas, kali pertama mereka terpaksa meninggalkan sesuatu lokasi secara beramai-ramai, dan terdapat kebimbangan bahawa infrastruktur bantuan kemanusiaan yang ditinggalkan telah rosak teruk, keseluruhannya.
Peninggalan pasukan pekerja bantuan tersebut dikhuatiri menyebabkan keadaan kesihatan yang mengerikan kerana beratus-ratus ribu orang Rohingya bergantung kepada bantuan perubatan antarabangsa, dengan sekitar 140,000 di kem-kem, dan juga lebih daripada 700,000 orang terdedah kepada risiko penyakit, di kampung-kampung terpencil yang terjejas.
‘Diskriminasi sistematik’


Quintana berkata keputusan kerajaan tidak membenarkan orang Islam Rohingya mendaftar etnik mereka dalam banci Mac bermakna bahawa penjumlahan penduduk tidak mengikut piawaian antarabangsa.
Quintana, utusan PBB yang lantang, yang menghampiri akhir tempoh enam tahun, menggesa kerajaan untuk menangani “diskriminasi yang sistematik dan peminggiran” umat Islam Rohingya dalam laporan terakhirnya di negara ini.
Menteri Luar British Hugo Swire menulis dalam tweeter pada Isnin bahawa beliau telah memanggil duta Myanmar “untuk mendaftar kebimbangan mendalam mengenai bantuan kemanusiaan dan kelakuan banci di Rakhine”.




























