Jambatan Gantung: Tarikan Baru Hutan Lipur Lata Payung

174

SETIU – PAS Dun Langkap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kementerian Pelancongan dan Budaya yang menambah baik kemudahan asas Di Lata Payong.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Langkap, Azmi Maarof berkata, jambatan gantung yang dibaik pulih, akan menjadi tarikan terkini kepada penggemar reksrasi.

“RM150 ribu telah dibelanjakan, semoga ia meningkatkan kecintaan dengan alam dan Penciptanya, jaga kebersihan,” ujarnya

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN berkata demikian selepas mengiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Haji Yahaya Ali melawat kawasan tumpuan pelancongan itu pada Isnin 25 Oktober.

Beliau berharap semua pihak membantu kerajaan menjadikan seluruh kawasan perkelahan dalam DUN Langkap tempat yang selamat dan bersih.

“bawa sekali, apabila keluar dari kawasan terbabit, sampah yang kita bawa semasa datang,” tambahnya