Jabatan Kehakiman AS Umum Usaha Dapatkan USD 540 Juta

1261

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mendapatkan kembali sejumlah $(USD) 540 juta aset yang ia didakwa telah dicuri dari dana kekayaan negara Malaysia (sovereign wealth fund) yang bermasalah.

Langkah tersebut diumumkan pada Khamis lalu, adalah sebahagian daripada usaha untuk merampas harta mewah, barangan seni, dan aset haram lain yang berkaitan dengan penipuan dalam skandal dana yang dikawal oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Al-Jazeera, ia adalah perkembangan terbaharu dalam skim pengubahan wang haram yang rencam yang didakwa Jabatan Kehakiman AS, bertujuan untuk memperkayakan pegawai peringkat tertinggi bagi dana itu, termasuk beberapa orang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah menafikan sebarang salah lakunya melalui kenyataan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin, yang menyifatkan ia serangan terbaharu AS.

Jabatan Kehakiman AS berkata, lebih daripada $ 4.5bn telah dicuri daripada kumpulan wang, yang dikenali secara tidak rasmi sebagai 1MDB, yang diwujudkan pada tahun 2009.

“Wang ini membiayai gaya hidup mewah para konspirator yang dituduh dan perbelanjaan ini merugikan rakyat Malaysia,” kata pemangku Penolong Peguam Negara AS Kenneth Blanco berkata dalam satu kenyataan.

Aset terbabit juga rantai merah jambu berlian 22 karat didakwa dibeli oleh isteri Najib, Rosmah Mansor, pada harga dianggarkan $ 27.3 juta.

Pemfailan tidak mengenal pasti Najib atau isterinya dengan nama mereka, tetapi ia menyatakan bahawa pembelian barang kemas adalah untuk isteri ‘Pegawai Rasmi Malaysia 1’ (Malaysian Official 1).

Sumber-sumber kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat sebelum ini telah mengesahkan bahawa “Pegawai Malaysia 1” merujuk kepada Najib.

Tuduhan itu telah menggegarkan kelas yang mentadbir Malaysia dan ia datang pada masa yang yang janggal kepada pemimpin Malaysia, kerana beliau telah dijangka memanggil pilihan raya mengejut pada akhir tahun ini.