Oleh : Rohayati Ripin (RR)
KUALA NERUS – Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) daerah Kuala Nerus digesa menjadi petugas mukmin profesional.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, jawatan J3K bukanlah kerjaya tetapi ianya adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
“Jangan jadikan J3K adalah satu jambatan untuk kita mengejar kekayaan,
“jangan serabut dengan dunia… tuan-tuan bantu rakyat Allah akan balas,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap memberi motivasi kepada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa J3K peringkat Kuala Nerus semalam, Selasa, 24 Julai.
katanya, J3K adalah aset penting untuk pertahankan kemenangan.
“tiga tahun akan datang kita nak kampung kita jadi macam mana…. kita nak suruh maju,” tegas beliau.
Justeru itu kata beliau semua aktiviti dalam kerangka kemajuan daerah Kuala Nerus agar mencapai maklamat kemajuan yang diharapkan.
Lebih seribu orang Jawatankuasa J3K yang baru dilantik berkuatkuasa 1 Julai yang lalu hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, kesihatan dan Alam Sekitar.