Israel Mengebom Gaza Selepas Mendakwa Roket Dilepaskan

1366

Tentera Israel pada hari Selasa mengebom sasaran di Semenanjung Gaza selepas mendakwa roket telah dilancarkan dari wilayah Palestin yang dikepung itu.

Rejim Israel mengebom beberapa sasaran Hamas dan kawasan di tengah Gaza berikutan kenyataan yang dibuat oleh jurucakap tentera Israel Ovijaa Odraei, yang berkata roket dilancarkan dari Gaza.

Kementerian Dalam Negeri di Gaza dalam satu kenyataan berkata, serangan dari Israel menyebabkan kerosakan tetapi ia tidak memberikan perincian.

Bagaimana pun, Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qudra berkata, tiada kecederaan wewre direkodkan akibat serangan itu.

Sehubungan itu, Jurucakap Gerakan Hamas Fawzi Barhoum menegaskan, dakwaan Israel bahawa terdapat tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan mengaitkannya dengan kenyataan dari ISIL untuk menjustifikasikan serangan adalah ‘satu permainan’ yang berbahaya.

“Israel yang cuba mempertahankan serangannya semalam ini yang mensasarkan jawatan Palestin di seluruh Semenanjung Gaza,

“Penjajah Israel akan menanggung sebarang akibat yang tidak menentu ekorang dari daripada serangan ini,” ketanya dalam satu kenyataan yang disiarkan pada laman sesawan Hamas.

Fawzi juga berkata, Hamas memberi amaran kepada rejim keatas sebarang peningkatan serangan.

“Kami juga memberi amaran kepada penjajah Israel kerana melakukan serangan ini dan cuba menakutkan rakyat Palestin,

“kami menegaskan rejimIsrael bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua akibat potensi yang terhasil daripada peningkatan serangan ini,” jelasnnya

Israel melancarkan serangan selama 51 hari serangan yang membawa kesan amat buruk kepada Semenanjung Gaza pada pertengahan 2014.

Pada ‘Operasi Perlidungan Edge’ yang dilakukan Israel itu, lebih daripada 2,300 orang rakyat Palestin terbunuh dan puluhan ribu cedera.

Menurut perangkaan Israel, 68 tentera Israel dan lima orang awam turut menjadi mangsa konflik itu, manakala 2,522 orang lain, termasuk 740 anggota tentera rejim cedera.