Israel berang kepada pemerintah Brazil apabila negara Amerika Latin itu enggan mengiktiraf duta yang dilantik bagi meneruskan hubungan diplomatik antara dua negara itu.
Kementerian Luar negara haram Yahudi itu telah memberi amaran tentang kemungkinan keruhnya hubungan antara kedua negara itu sekiranya Brazil terus melambatkan meluluskan ‘pemimpin peneroka haram’ sebagai duta yang dinamakan Israel.
Timbalan Menteri Luar Israel Tzipi Hotovely berkata kepada TV Channel 10 Israel pada hari Ahad bahawa Israel tidak akan melantik tokoh lain sebagai alternatif kepada Dani Dayan.


Menurut akhbar Israel Jerusalem Post beliau berkata, “Meluluskan (iktiraf) dia, kerana jika tidak kita (akan) bercakap mengenai krisis dalam hubungan antara kedua-dua negara, dan ia tidak bernilai pergi ke sana.”
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melantik Dayan pada Ogos, namun Brazil masih belum menerima pelantikan itu, walaupun tempoh khidmat duta sebelumnya telah berakhir.
Akhbar Israel turut mendakwa Brazil berada di bawah tekanan daripada golongan kiri kedua-dua di Brazil dan Israel untuk menolak Dayan kerana penglibatan beliau dalam menggalakkan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Brazil telah memanggil duta Israel dan meminta penjelasan pada tahun 2014 ketika tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza yang membunuh 2,200 rakyat Palestin.





























