Terengganu, Malaysia

Israel Mahu Warga Gaza Hidup Sengsara Semaksima Mungkin

Palestinians warm themselves by a fire near their houses that are flooded with rainwater, in the northern Gaza Strip

Rejim Zionis Israel meneruskan siksaan dan mahu penduduk Gaza menghadapi kehidupan sengsara dengan memotong bekalan gas dan melancarkan serangan udara.

gas supply cut GazaEmpat minggu lalu, Israel telah memotong bekalan gas ke Gaza, Palestin, menjadikan ‘seksaan’ besar kepada hidupan warga ‘segenting’ menghadapi musim sejuk yang melampau kini.

Ahli Kesatuan Pemilik Syarikat-syarikat Minyak dan Gas, Mohammed Al-Abdullah berkata, jumlah normal sebelum disekat, yang dibenarkan oleh ‘rejim zionis’ di Semenanjung itu hanya 15 peratus daripada keperluan harian.

Penggunaan semasa adalah lebih daripada 300 kali kerana cuaca sejuk musim sejuk, sekarang.

Al-Jazeera melaporkan, jumlah gas memasuki Gaza telah menurun sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus sejak awal Disember.

“Orang ramai yang mengalami kekurangan …….. terutamanya kerana banyak kereta telah ditukar menggunakan gas dan bukannya petrol kerana harga tinggi petrol tinggi,” katanya.

gaza-power-stationPenulis buku terkemuka Amerika Syarikat Ralph Schoenman berkata, setelah Israel ‘merompak’ medan gas Gaza di luar pantainya, menggerusi dan mencuri hasil muka bumi hak milik penduduknya, Israel menyekat pula penjualannya ke semenanjung itu.

Pada bulan Julai tahun 2014, kereta kebal Israel telah membedil depot simpanan gas penjana kuasa elektrik Gaza menyebabkan satu-satunya sumber kuasa Gaza itu tutup sepenuhnya, dan seluruh penduduknya terpaksa bergelap tanpa cahaya.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Israel telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan negara Jordan, bersetuju mengekspot gas yang dicuri dari telaga-telaga minyak dalam perairan Gaza sebanyak $15 biliion sepanjang 15 tahun mendatang.

Tujuan negara haram Israel mengurangkan bekalan gas adalah tidak lain, untuk meningkatkan tekanan dan penyiksaan kepada umat Islam Gaza dalam usaha untuk mengurangkan sokongan warga Palestin terhadap Hamas, gerakan yang mengawal jalur.

29571_Gaza_electricityPengarah Pemantau Hak Asasi Euro-Mediterranean Ramy Abdu, yang berpangkalan di Gaza, memberitahu, lebih daripada 20 peratus isi rumah di jalur itu kini tidak mempunyai bekalan gas.

Itu tidak termasuk kemudahan perkhidmatan pentadbiran Gaza, pejabat, hospital dan sekolah.

Beliau berkata, kekurangan tenaga elektrik juga semakin kritikal, kerana rakyat lebih perlu dan bergantung kepada gas dalam musim sejuk.

“Terdapat gangguan dalam bekalan elektrik……….. … Biasanya kita mempunyai lapan hingga 10 jam elektrik dalam sehari, dan kini hanya berupaya membekal 4 hingga 8 jam sahaja.”ujarnya.

Katanya, sektor pertanian Gaza yang turut bergantung sepenuhnya kepada gas untuk menjalankan rumah hijau, terutamanya kerana Israel menyembur racun bagi memusnahkan kawasan tanaman yang luas, berhampiran sempadan sebagai sebahagian daripada zon penampan.

Israel using globally-banned arms in Gaza strikesKini, bekalan gas yang tidak ada, turut menjejaskan pengeluaran hasil pertanian.

“Sejak 10 tahun lepas, Israel telah mengenakan sekatan yang telah menjadikan kehidupan di Gaza sengsara yang bersifat menghina menundukkan rakyat,” kata Abdu.

Tidak cukup dengan siksaan itu, kelmarin, jet-jet Israel telah menyerang dan mengebom utara Gaza di sekitar Beit al-Hanoun.

Seorang penduduk dilaporkan terbunuh akibat tindakan tentera Isarel laknatullah itu dan tiga yang yang dilaporkan cedera.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan