Israel Jatuhkan Hukuman Penjara 11 Bulan Kepada Sheikh Raed Salah

1016

Mahkamah Israel telah menghukum pemimpin Gerakan Islam di Israel Sheikh Raed Salah dengan penjara selama 11 bulan atas tuduhan “hasutan”.

Sheikh Raed yang diperintahkan oleh mahkamah melaporkan diri ke penjara pada 11 November depan, menyifatkan hukuman penjara tidak akan melemahkan beliau untuk mempertahankan prinsipnya

“Jika pergi ke penjara adalah harga yang kita (saya) perlu membayar untuk mempertahankan prinsip-prinsip, maka saya mengalu-alukan,”kata Saleh, dipetik agensi berita Al Jazeera.

Peguam beliau berkata bahawa keadilan mahkamah ‘telah berkubu’r akibat politik pemburuan terhadap gerakan Islam di Israel.

Katanya langkah itu diambil, dalam suasana hukuman ‘anti-Arab’ telah dijatuhkan di Israel.

Mahkamah telah menolak rayuan pihak Sheikh Raed dalam kes itu dan memihak kepada pendakwa raya dalam menegakkan keputusan mahkamah sebelum ini yang lebih rendah.

Raed-Salah-Abir-SultanPendakwaan pada asalnya menuntut supaya mahkamah menjatuhkan hukuman minima selama 16 bulan dan maksima selama 42 bulan.

Kes terhadap Salah telah dimulakan selepas beliau menyampaikan khutbah di Baitulmaqdis pada tahun 2007 di mana beliau mengecam dasar-dasar perkauman Israel dan menuntut kerajaan Israel menamatkan larangan ke atas umat Islam untuk beribadah dengan bebas di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Sheikh Raed Salah, semasa menyampaikan khutbah itu, turut menuntut agar penjajahan Israel di wilayah Palestin ditamatkan sama sekali.

Polis Israel kemudian mengharamkan beliau daripada bersembahyang di masjid Al-Aqsa, yang menyebabkan beliau menunaikan ibadat dan menyampaikan khutbahnya di kejiranan Wadi al-Jouz, berhampiran Timur Baitulmuqaddis.

Peguamnya Omar Khamayseh berkata anak guamnya itu tidak takut pergi ke penjara untuk sesuatu yang dia percaya dengan sepenuh hati, walaupun pergi ke penjara bukanlah sesuatu yang ingin dikecapinya.

“Sheikh Salah telah mempertahankan hak-hak umat Islam untuk beribadah dan bercakap menentang tindakan zalim Israel ke atas rakyat Arab di Israel dan juga rakyat Palestin di wilayah yang diduduki,

“Kerajaan Israel membuat dia membayar harga untuk pendirian beliau.”kata Omar.

Bahkan, Sheikh Raed Salah berkata, beliau berazam untuk meneruskan aktivisme beliau walaupun di hukum penjara.

“Saya akan terus menegakkan dan mempertahankan Baitulmaqdis dan masjid Al-Aqsa dengan lebih kuat daripada sebelum ini, di dalam dan di luar penjara,” kata beliau.